Sunday, January 31, 2010

URL dan IP Address Kena Banned Di Shoutmix?

Salam sejahtera pada semua blogger yang wujud di alam semesta. Aku nak terangkan sikit mengenai URL dan IP korang yang terpaksa aku block dalam kotak shoutmix tu. Jahat betul la aku ni. Disebabkan nak banned cuma seorang dua makhluk, korang semua terpaksa menerima padahnya. Hehe...

Sebenarnya, siapa yang aku banned sangat-sangat tu? Korang pun tahu kot. Rasa tak senang bila klik niat nak tengok blog orang, tapi bukak-bukak je jutawan klik la, myspace money la, dapat wang la. Bukan tak mahu tolong korang buat duit, tapi biarlah dengan kerelaan aku sendiri. Lagipun, kadang-kadang korang dah bertindak untuk spam. Sekali 8 message suruh klik ads, naik semak juga. Lagi bengang sebab, page "pay per click" korang tu lembab gila cam siput. Sabar je.

Berkenaan URL dan IP yang telah di banned dalam kotak shoutmix, ada syarat-syarat yang syarikat shoutmix telah tetapkan. Kalau korang nak banned satu IP address, IP address yang datang dari kawasan yang sama juga akan di banned. Sebab tu lah, kalau korang tak bersalah pun, korang kena gak la terima padah nya. Contoh :

E.g. If you block 123.45, anyone from 123.45.xx.xx will be blocked.
E.g. If you block example.com, any messages containing matching string like something.example.com or http://www.example.com will also be blocked as well.


Tip 4 - Delete Banned Url dan IP Address Di Shoutmix

Baiklah, kalau korang dah terbuka hati untuk tak mahu banned orang yang ditarget tu. Sila ikuti langkah ini : Log in Shoutmix -> Setting -> Ban Control. Lepas tu, tandakan pada IP address dan Url yang berkenaan kemudian, tekan butang delete. Mudah saja, selamat mencuba.

P/s : aku dah delete banned url tu. jerit jerit lah kat kotak shoutmix tu kalau korang gian sgt hehe..
 

Designed by Alieff Artwork