Tuesday, January 12, 2010

Lelaki Jenis A & Lelaki Jenis B | Jantina Sama, Citarasa Berbeza |


 Kenali lelaki jenis A dan lelaki jenis B. Mana yang kau pilih.

Lelaki Jenis A
Bila perempuan mula cemburu, kau mula rasa diri kau terkongkong nak berkawan dengan orang lain. Kau rasa menyampah, rasa nak bagi makan penyepak je kat perempuan tu sebab selalu cemburu buta. Bagi kau, sikap perempuan yang macam ni buat kau rasa tak bebas, dan tertekan setiap masa. Kau semestinya akan pilih perempuan sporting dan ringkas yang tak ada sifat cemburu sebab cemburu itu melecehkan betul!

Lelaki Jenis B
Bila perempuan mula cemburu, kau rasa suka dan gembira sebab kau tau diri kau bukannya dikongkong, tapi kau lebih rasa dihargai. Kau tak rasa sakit hati , tapi kau lebih sayang dengan perempuan yang cemburu buta. Bagi kau, perempuan yang macam ni memang berharga yang boleh buat kau senyum sentiasa.Kau semestinya akan pilih perempuan yang ada sifat cemburu dari perempuan robot yang tiada perasaan macam batu itu!

Perasan atau tidak, kat pasaran sekarang ni banyak betul lelaki jenis A.Kenapa ya susah nak cari lelaki jenis B ni? Korang tak tahu ke, seorang yang bergelar perempuan itu lazimnya akan bersifat cemburu bila orang yang dia sayang intim dengan orang lain.Perempuan ni, cemburunya lebih dari lelaki, jadi kaum lelaki seharusnya lebih memahami dan cubalah elakkan dari membuat pasangannya cemburu. Jelas? A atau B, aku pilih lelaki jenis B okay.
 

Designed by Alieff Artwork