Saturday, January 16, 2010

Keburukan Facebook | Part 3 | - Kena Penjara Dan Denda RM50,000


Lagi-lagi kes pasal bahana facebook. Baru tadi menyelak suratkhabar, aku terkejut bila dapat tahu seorang brother berumur 25 tahun kena tangkap sebab bagi komen yang berunsur mengancam berkenaan isu penggunaan kalimah Allah.

Kita bukan alim ulama, bukan mufti, bukan pakar agama jadi jangan cuba buat spekulasi yang bukan-bukan. Kita yang berblog ni pun kena hati-hati. Jangan cetuskan apa-apa topik yang boleh membuat kita terima nasib yang sama dengan brother yang baru kena tangkap tu. Silap-silap dia kena penjara dan bayar RM50,000 bagi kesalahan dia tu. Mati kering wey.

Bagi aku brother tu mungkin nak berseloroh, tapi dah nasib nak kena batang hidung dia. Kalau tak tangkap, nanti lagi ramai yang berani buat komen macam tu dekat facebook. Kalau tangkap pula, rasa tak patut pula kena penjara dan denda sampai begitu sekali disebabkan komen bodoh macam tu. Lainlah kalau nak tangkap blog mempersendakan nabi ke, blog ajaran sesat ke, itu aku memang setuju 100%.

Kesimpulannya, hati-hati guna facebook. Mulut jangan cabul, jari jangan gatal tulis yang bukan-bukan. Kalau kita terminate facebook mesti ramai yang melenting. Aku takde hal hehe...
 

Designed by Alieff Artwork