Tuesday, January 12, 2010

Ex-SMTKK Meetup | Kenduri Kahwin , Jeram Toi dan Man Tom Yam |

Semalam jadi sejarah, berjumpa balik dengan kawan-kawan lama SMTKK. Terlanjur bertandang ke kenduri kahwin kawan , kitorang ambil kesempatan dalam kesempitan itu untuk melepak di jeram toi, dan makan-makan di Man Tomyam, Jelebu Negeri Sembilan. Sumpah, bukan semua kawan yang datang tu aku kenal , sebab aku dah hilang ingatan dah.

Pengantin perempuan yang jemput aku tu kawan lama aku, aku ingat dia tak cam muka aku ni. Sampai je kat kawasan kenduri tu dari jauh dia dah melambai-lambai. Aku pun macam " Eh, fofuler gak la aku ni kan ". Bukan apa, nak dekat 6 tahun tak jumpa dengan diorang . Lepas habis sekolah semua senyap je.

Borak - borak di Man Tomyam, kitorang berkira-kira dengan jari kaki kawan-kawan yang dan pun kahwin. Kelakarnya, ada yang dulu kelab anti lelaki tapi lebih cepat kahwin dari kitorang. Tak kurang juga yang bujang sebaya dengan aku pun dah berbini. Semua macam tertanya-tanya lepas ni sapa pulak nak pakai inai kat jari. Masing-masing cube nak duduk kat pelamin pengantin kononnya nak ambil berkat nak kahwen cepat. Kelakar la korang.

Yang pasti aku tengah tunggu gambar nak upload dekat sini. Tunggu je lah, mana tau korang teruja dengan keindahan air terjun dekat Jeram Toi tu. Boleh kita buat BBQ Blogger Gathering pulak kat situ. Amacam, kedengaran poyo tak aku kali ni?
 

Designed by Alieff Artwork