Sunday, January 31, 2010

Bila Perempuan "Full Package" Tidak Guna Otak.


Tahniah kepada semua perempuan yang merasakan diri dia cantik seperti pari-pari. Kebanggaan itu adalah perlu sebab ianya bukti kita yakin pada diri kita sendiri. Tapi!! Jangan lupa untuk ucap rasa syukur, Alhamdulillah dengan kurniaan dan nikmat tersebut yang dipinjam dari Allah s.w.t.

Katakanlah harini aku bagitau korang macam ni , " Aku rasa aku lawa. Lagi lawa dari Lisa Surihani tu. Ramai yang cakap aku lawa, entahlah mungkin aku lawa sangat kot? " Mesti korang rasa, normal lah tu. Aku memang lawa. 

Selang beberapa hari lepas tu aku jumpa korang lagi dekat tengah-tengah jalan. Lepas tu aku cakap lagi " Eh, aku comel kan? Aku kan comel. Ko ngaku jelah aku memang comel  kan?.. " Time tu mesti korang rasa aku memang comel macam barbie doll dan korang rasa nak patah-patahkan barbie doll tu.

Selang lagi beberapa hari lagi, korang jumper aku dan titibe korang nak minta save nombor henset aku. Dan aku save macam ni : Neo Cun 019, Neo Comel 012. Siap dua nombor sekali aku save dalam henset korang. Time tu mesti korang rasa aku ni cun, comel dan lawa macam bunga tahi ayam...yang harum macam tahi.

Ingat la beb. Perempuan yang cantik, lawa, cun dan mantap tak semestinya harus bagitau semua orang yang dia lawa beb.Kau tahu tak apa yang penting? Yang paling penting adalah, biar hati kau sama cantik dengan muka kau yang cantik tu. Biar muka cantik, peribadi pun cantik! Okay beb? Chow...
 

Designed by Alieff Artwork