Thursday, December 03, 2009

Sayur Kobis Mendatangkan Masalah Keputihan Melampau



Aku penggemar sayur. Tapi bukan penggemar sayur kobis.Sejak akhir-akhir ni, aku makin tak gemar makan sayur kobis. Sayur kobis ni dah jadi makanan rutin untuk para arnab di rumah. Jadi, bila nampak sayur kobis goreng ke, kobis masak lemak ke, selera dah lari sebab teringatkan arnab.

Aku bukan nak buat survey pasal sayur kegemaran korang. Cuma tadi terbaca di internet, perempuan tidak digalakkan untuk makan sayur kobis. Sebabnya, makan sayur kobis boleh menyebabkan masalah keputihan melampau terutama sekali untuk kaum perempuan. Yang lelaki tu jangan pura-pura terkejut, ingat lelaki tak berhadapan dengan masalah keputihan? Anda pun sama ye.

Keputihan lebih suka menyerang kaum perempuan dan semua perempuan benci masalah keputihan. Bila ada bau yang tak sedap yang timbul, buat kita rasa tak selesa. Cara terbaik untuk kurangkan keputihan, mestilah pakai panty liner dan gunakan cecair sabun untuk daerah kewanitaan.Amboi,ayat macam mek indon.

Jadi macamana dengan penggemar sayur kobis aka. Hantu kobis? Apa kejadahnya semua ini?

p/s : Godek dekat sini juga.


 

Designed by Alieff Artwork