Tuesday, December 01, 2009

Perempuan Perempuan Gemuk.


Adakah disebabkan saya gemuk,hodoh,dan menggerutu saya tidak layak mendapat seorang boyfriend yang hensem seperti Fahrin Ahmad?

Ramai yang memberi jangkaan bahawa perempuan gemuk dan hodoh selalu akan dilabel sebagai andartu kerana kita yakin perempuan seperti ini mesti tidak laku. Golongan seperti inilah yang banyaknya mengimpikan untuk memiliki jejaka idaman yang hensem dan kaya berbanding perempuan yang cantik-cantik macam Lisa Surihani.

Cakap-cakap orang :

Psst...gemuk macam tu ada ke orang nak?
Uish, mesti keturunan dia nanti gemuk-gemuk...
Mak aii..kalau gemuk macam ni penyek la husband dia nanti, kesian...
Mak aii..kalau gemuk macam ni,baju pengantin mana nak muat, tempah sendiri la...
Gemuk macam badak pun boleh dapat laki hensem macam Fahrin Ahmad?Guna tangkal kot...

Terkejut jangan bila kemudian hari, kita terlihat orang yang sering dihina dikutuk sebagai perempuan gemuk,hodoh,dan menggerutu ni dirangkul oleh suami yang kaya raya, hensem, macho macam Fahrin Ahmad. Jangan pandang perempuan gemuk sebelah mata!

Waktu itu kita hanya mampu ternganga sebab kita habuk pun takde.


p/s :  Ade seni beb.




 

Designed by Alieff Artwork