Sunday, December 06, 2009

Servis Hangat Uncle Tukang Kasut

Photobucket

Semua kasut tu kasut aku + kakak aku. Usia kasut tu lebih dari 2 tahun.Kalau rosak masih ada di rak. Sayang nak buang.

Aku bukan anak menteri, hidup mestilah berjimat. Kalau kasut rosak, mesti kena buat temujanji dengan pakcik tukang kasut. Kiranya, kalau jumpa pakcik tukang kasut tu, dia dah kenal sangat-sangat lah muka macam aku ni. Tapi sayangnya diskaun tak pernah dapat.Namun, aku bersyukur sebab tanpa ada pekerjaan mulia seperti Si Tukang Kasut, sapa pulak la nak menyelamatkan kasut aku yang rosak-rosak ni.

Servis 1
Tumit sebiji = RM 3
Sepasang kasut = RM 6.00
Servis 2
Sebelah tapak kasut = RM 7
Sepasang kasut = RM 14.00

Kalau nak dua-dua servis , RM14.00+RM 6.00 = RM20.00
Itu baru sepasang, kalau aku hantar 5 pasang kasut untuk servis semua sekali  = RM 20.00 x 5?

Apakejadahnya? Kaya uncle tukang kasut. Biasalah , jaminan kasut perempuan paling lama boleh pakai 1 tahun lagi-lagi kalau yang bertumit tu. Kalau macam aku ni, kehulu hilir naik rapid KL, kejar bas rapid KL, mestilah naik rosak kasut aku. Ada sepasang kasut yang aku beli dulu, aku pakai sekali je lepas tu buang. Kenapa? Tengok sendiri dekat sini.

Yela, aku tahu korang bukan macam aku. Korang berduit dan kaya raya. Kasut rosak tak payah pergi jumpa Tukang Kasut, boleh terus beli baru. Duit susah nak cari zaman sekarang ni.Urgh.

P/s : Kalau nak berkualiti dan selesa, kena pakai jenama scholl tapi style macam Pah Bedah pula.
 

Designed by Alieff Artwork