Siapa Disebalik "Aiman Tak Kisah"

Entri ini akan mengupas siapa sebenarnya Aiman Tak Kisah.


"Neo, Im on my way". Terkejut beruk aku bila dapat tau Aiman dah bergerak ke CM! Aku pun cepat-cepat siap sebab taknak hampakan Aiman punya pasal. Kesian Aiman yang kena tunggu aku yang lambat dan terhegeh-hegeh ni, sebab masa tu aku dah inform Aiman aku ada hal dan mungkin datang lambat.Maafkan aku Aiman, teruk rasanya buat ko tertunggu-tunggu. Seperti yang dirancang, kami telah berjumpa di Burger King Masjid Jamek, dan senang saja aku dapat cam muka dia. Kecik je orang nya, tapi kecil-kecil cili padi sebab Aiman ni kacak, lincah, comel dan petah bercakap.

Ya, Aiman boleh bercakap 20 topik dalam 20 minit sahaja. Hebat bukan? Pening juga aku dibuatnya, tapi aku buat muka steady je.Bila aku cakap "Eh Aiman, you ni banyak cakap lah." "Well, I take that as a compliment". Tengok tu? Seronok mengenali siapa sebenarnya Secret Drifter aka. Aiman Tak Kisah. Bila bercakap, pandangan yang diberi jauh berbeza dari orang lain dan dia ada gaya tersendiri. Aku solute ko Aiman!

Aku berhasrat juga untuk mengenali blogger lain dengan lebih mendalam, tapi mungkin masa mencemburui aku dan Aiman. Sempat berkenalan dengan beberapa blogger lain macam Lumut, CC, Biskut, Mamai, TembakSanaSini, dan paling geram bila tengok my colligue pun ada sekali  iaitu Kimisai. Bergambar dan terus angkat kaki dan sehari lepas tu Lumut mesej aku, "Neo, aku lupa nak bagi ko kiwi"! End of Story.




Comments

Post a Comment