Saturday, December 26, 2009

Awek Tudung Labuh.


Ni baju labuh,bukan tudung labuh la neo. Cantik kot ,boleh suggest ratu pakai tine dia kahwin nanti.

Bercakap mengenai imej perempuan yang bertudung labuh. Bagi aku, jika seseorang itu menunjukkan imej yang lebih baik dari kita, seharusnya kita jadikannya sebagai contoh bukan jadikannya sebagai satu bahan mainan.

Tudung labuh dan bepurdah. Percaya atau tidak, aku kerap melihat rakan aku yang mempunyai imej litup seperti ini dipulaukan, dicaci, dan dikutuk. Ia pelik, namun benar.

Walau bertudung labuh atau berbungkus macamana pun imej seseorang itu, pasti di belakangnya ada cacat celanya. Ya, sama seperti kita - kita. Seorang manusia yang punyai banyak kelemahan. Tidaklah semestinya orang bertudung labuh mempunyai iman yang mantap setanding dengan rasullulah. Tidak, dia pasti ada kelemahan.

"Ala,pempuan tudung labuh tu sebenarnye menyorok keburukan je disebalik obor-obor dia tu!"

Pedas. Sangat pedas. Siapa kita, malaikat kah, pari-pari kah, alim ulama kah? Hebat sangatkah kita untuk mengeji dan memulaukan mereka yang bertudung labuh ini? Haruskah kita beri pandangan jijik, tidak selesa atau bengis setiap kali mereka hadir di sekitar kita?

P/s : Kalau rasa tidak sesuai untuk bergaul dengan mereka, tak perlulah kita cakap buruk tentang mereka.Buat macam biasa je dah la.





 

Designed by Alieff Artwork