Thursday, December 17, 2009

Perempuan & Lelaki Main Tarik Tali.

Bukan senang nak cari pasangan hidup bukan? Kadang-kadang kita baru nak serius dengan seseorang tu, tapi orang tu cuma main tarik tali sahaja. Main tarik tali dalam hubungan ni selalunya akan banyak buang masa, duit, dan tenaga. Bayangkan bila korang bersusah payah untuk seseorang akhirnya habuk pun korang tak dapat.

Contoh yang paling mudah bila, korang serius nak mendapatkan seorang awek ni dan awek ni mengaku yang dia single dan available. Awek ni rapat dengan korang lain macam dan korang bertindak mintak couple sebab takut melepas. Sayangnya awek tu menolak untuk bercouple, dan korang jadi semakin runsing bila si awek ni mula mesej "Sayang, i rindu you la."..."Baby, you buat ape tu?"..." Honey, esok temankan I shopping boleh? ".

Lepas tu korang mula musykil. " Erm, kita ni macamana?" Awek tu akan cakap " Eh, kita kan kawan je". Lebih dasyat lagi bila,  beberapa bulan lepas berbelangkas dengan korang, si Awek ni akhirnya bercouple dengan mamat lain.Sungguh cisdale!

Macam tu lah lebih kurang keadaan main tarik tali bra ni. Eh bukan, tarik tali je. Rasanya dah ramai yang terkena dengan skim main tarik tali ni kan?Baik lelaki mahu perempuan, kedua-dua nya sama sahaja. Eloklah buang tabiat main tarik tali ni. Silap-silap tali tu terbelit di leher sendiri, takde sapa mau tolong!
 

Designed by Alieff Artwork