Monday, December 28, 2009

Mencabar Si Tahun Baru Untuk Memadam Segala Kisah Perit



Datanglah tahun baru, hadirlah engkau dan aku akan sambutnya dengan penuh harapan dan akan ku kutip serpihan hati yang bertaburan. Datanglah tahun baru, dengan penuh debaran aku tunggu dan akan ku kuatkan semangat untuk hadapi segala cabaran. Doa dan harapan akan tidak pernah lekang dari mulutku untuk aku pulihkan kembali hati yang remuk. Datanglah tahun baru, sekuat mana cabaran yang Kau akan beri kali ini aku terima dan bersedia..

Perjalanan masih jauh tapi gerobok ini semakin berat, aku perlu buang bebanan yang menyukarkan perjalanan aku. Semoga tahun 2010 bakal berakhir dengan segulung ijazah di tangan ku. Akan ku lakukannya dengan sendiri, berbekalkan sisa harapan dan semangat dari yang sudi.  Akan aku isi borang posting dengan gagah nanti. Datanglah tahun baru, aku terima dengan penuh kesyukuran berselimutkan kesayuan..
 

Designed by Alieff Artwork