Friday, December 04, 2009

Lelaki & Duit.


Kita sedia tahu yang ramai lelaki rasa tertekan bila sebut pasal kahwin.Proses nak kahwin ni banyak membuatkan lelaki kat luar sana gelisah, resah dan tertekan fikirkan soal duit. Duit,duit,duit. Yang lebih tertekan mestilah golongan lelaki yang duitnya masih lagi RM0.00 dalam bank. Wahai lelaki-lekai kat luar sana, kalau korang bukan anak raja, simpan lah duit sebelum terlambat.

Macam-macam kes dah berlaku akibat dari kegelisahan mencari duit ni.Ada yang hampir putus couple , putus tunang, ada juga yang dah sampai ke tarikh kahwin, tak jadi kahwin kerana tak cukup duit punya pasal. Sabar,sabar,sabar.

"Suruh lah family You kasi I diskaun sikit ye.."
"Sayang ni buat abang tension la fikir pasal duit je!"
 "Nak tak nak memang I buat loan je untuk duit kahwin nanti.."
"Makin lame makin botak lah aku ni yang asyik fikir pasal duit je.."

Kadang-kadang aku tengok lelaki ni lain macam je. Nampak macam period je memanjang. Bila bercakap, melenting tak tentu pasal. Rupa-rupanya bila dah disoal selidik, diorang mengaku sebenarnya tengah tertekan fikir soal duit. Nak buat macamana kan. Dah tu tanggungjawab korang.

Bagi lelaki, eloklah korang semua amalkan menabung, sertailah pelaburan  yang boleh membuatkan duit korang beranak pinak, henti-hentikanlah tabiat make up kereta, tukar sport rim, power up motor korang,beli sekotak rokok RM10 hari-hari, beli DVD game main PS, langgan segala majalah Hype,Utopia dan Ujang tu. Hoi, seringgit sehari pun takpe tau!

 

Designed by Alieff Artwork