Wednesday, December 30, 2009

Keburukan Facebook | Part2 | - Awek Dan Balak Bergaduh!



"Gambar curang awek di upload di Facebook mendapat sambutan hangat!"

So, ceritanya berkisah tentang couple yang tengah berperang. Si awek dah kantoi curang dengan lelaki lain dan gambar kecurangan itu di upload oleh BF sendiri kat FB. Berjela-jela komen di bawah gambar kontoroversi itu, dan rata-rata mengutuk minah tu sebab minah itu curang. Sudahlah dikutuk, dicaci, dihina, dan macam-macam lagi ayat yang sukar aku gambarkan. Bayangkan macamana dia nak hadapi life nanti bila berita ini tersebar? Ops, sememangnya berita ini sudar tersebar di seluruh Malaysia...

Aku tidak menyebelahi sesiapa dalam hal ini. Tapi kalau kau berperang mana pun dengan GF kau, tak perlulah sebarkannya di FB. Kau tak seharusnya letak gambar kekasih hati kau di situ  dan menunjukkan kecurangan dan keburukan dia pada orang lain. Kalau selama ini kau sanjung dia depan orang ramai, kenapa kali ini kau malukan dia dan sebarkannya di internet pula? Malu la beb, tak profesional macam tu. Hey kawan, sedarlah.

Facebook betul-betul membunuh.
 

Designed by Alieff Artwork