Copy Cat, Copy Paste, Plagiarism Tu Halal Bagi Aku.


Pendapat aku tentang copy cat.

Secara jujur, aku kurang suka menggembar gemburkan kejadian copy cat atau copy paste. Sering juga terkena pada batang hidung aku sendiri, tetapi tindakan aku hanya senyap dan buat tak peduli sahaja. Kadang-kadang mungkin aku akan meninggalkan komen “ Er, letak credit nama aku leh, hihi? ” Namun bagi aku, jika kau credit kan nama aku pun tak guna sebab apa yang aku tulis dalam blog ni pun aku baca dari website orang lain , bezanya cuma ianya dikupas balik menggunakan ayat sendiri. Berkenaan gambar - gambar dari google pula, semestinya itu satu  copy cat juga bukan? Teruk betul aku ni.

Bagi aku, isu copy cat bukanlah satu perkara yang besar dalam arena blog atau internet. Kesemua info atau maklumat yang kita dapat dari internet banyaknya kita ambil dari website orang lain. Kecualilah jika maklumat yang kita tulis lahir dari otak kita sendiri tanpa menggunakan khidmat google atau yahoo, kita mungkin berhak untuk rasa melenting.

Pendapat aku, tak salah rasanya berkongsi idea original kita tu kerana orang lain juga mahu belajar. Apakata kita contohi sifu-sifu blog yang dah banyak berkongsi maklumat dengan kita. Mereka langsung tak bising kalau maklumat yang dia cipta di ciplak oleh orang lain. Itu adalah niat baik untuk berkongsi.

"Orang Terpuji Selalunya Pemurah."

Pernah blogger kita bergaduh bagai nak kiamat akibat kejadian copy cat ini. Contohnya kes blogger Azizwan dan Mr.betul yang jadi tak lama dulu. Azizwan telah dihentam teruk oleh Mr.Betul kerana Azizwan telah dituduh meniru entri orang Mr.Betul. Setelah diselidiki, rupanya Azizwan telah dapat sumber maklumat itu dari tempat lain bukanlah blog Mr.Betul. Senang cerita, idea atau maklumat yang kita gunapakai dalam blogging tak mustahil sama dengan orang lain , tapi cara penulisan kita boleh menampakkan samaada kita meniru atau tidak.

Walaubagaimanapun, bagi orang yang takut kehilangan keaslian entri blog dan tidak mahu entri itu digunapakai oleh orang lain, buatlah sesuatu. Mungkin korang boleh buat disable right click yang melecehkan itu atau disbale highlited text macam text aku. Baru saja test ;)

Comments

  1. bagi aku..
    aku rasa.. kongsi idea or kadang idea kena copycat tu "its ok.."
    cz.. kadang ilham datang dr membaca...
    tp rasanya kalau kita "copycat"..
    kena la berpadah padah.. jangan la 100% ayat orang kita tiru abis abisan...


    Nota Konpius:
    saja aku letak kan diri aku ni anonemes.. :P sb aku tau ko x suka..hahaha..:P

    ReplyDelete
  2. yar..xkesah la kongsi idea ke hape ke...jgn la bOolat2 nk ciplak...kna olah2 cket..bru nmpk cam xciplak..hehe

    p/s:camane nk wt "disable right click ngn disable highlited text"???sharing2 la cket..huhu

    ReplyDelete
  3. aku tak kisah sangat orang copy artikel aku sebijik sebijan cuz artikel pun cap ayam aje pun. hahaha. cume, kalau dah amik sebijik2 tu..reti2 lah creditkan ke blog tuannye kan? bermoral sikit n bley jd geng lepas tuh.

    tapi, kalau amik pastu wat2 macam die punye..mmg nak kene sekel. lagi 1 copy idea org bulat2. hampagas lah. kukuku

    ReplyDelete
  4. To anonemes : Good techniques hehe. yup, jgn la sampai 100%, but sometimes ade orang tu baru kne tiru sikit da marah2...ihiihi tak perlu kot nak marah2 gaduh22 dlam blog

    To qaseh : berkongsi tu kan mulia ;) haaa sila click link yang aku da letak kat atas tu hehehe..

    ReplyDelete
  5. kalau nk copy,boleh minta izin dulu kan...
    ataupun bg credit kat empunya idea..
    kan mudah...
    kalau bab kongsi idea tu boleh je...
    janganlah tiru sebijik2 then bgtau tu idea kita...

    ReplyDelete
  6. setakat nak amik ambil gambar or kongsi idea tak salah rasanya

    http://eyriqazz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Hai adik lampu hehe. thanks linkkan abang. geli kan menggunakan kata ganti nama itu hahaha.

    adeh, wat lawak sorang gelak sorang2 lak aku adeh3.

    ehem, betullah, rasa takjub lak sekejap sebab langsung takleh nak copy tulisan lampuneon neh. ini betul2 kopirait resev nih.

    hepi wiken.

    ReplyDelete
  8. ngeh3..
    tp ak xske kopi+cat..ak pnah kena and ap ak buat??ak diamkn je tp lpas tuh ak band org tuh!hurm kt blog ak disable rght click je,disable hight light xbwat sbb blog ak ad tutorial!huhu

    ReplyDelete
  9. I pun rasa setakat ambil gambar or sikit2 point penting tu ok untuk share idea or info. then selebihnya biar lah keluar dari opinion kita sendiri lak =) baru b'tambah mantap

    ReplyDelete
  10. lizz, ooo kalau dah mengaku macam entri sendiri yang punya tu lebeh laaa mmg nak kene pelangkung hehe


    zella, sharing is caring ;)



    eryqazz , terima kasih sebab berkongsi, banyak juga ilmu dari blog ko yang berguna.



    khairi, hye ;) hehe sudah link. dah disable selected text tu yang takleh copy tu


    fifi, ko ban? waaa ganas gak ko ni. sian org tu hehee



    ada mokhtar, gamba kalau buat seniri susah, aku pon salu amik google jer huhu..betul tu, opinion sendiri penting!

    ReplyDelete
  11. idea itu kadang kala nampak serupa cuma bagaimana kita terjemahkan nya dalam penulisan.

    kita tak dapat lari dari men copy.. mcm TV.. berapa banyak kilang buat TV.. tak de pun diorang gaduh gaduh..

    ReplyDelete
  12. ha'ah lah tak boleh highlight!

    tahniah lah kau, berjaya2!

    aku nak copy cat aku mintak izin dulu. tapi kadang2 jer lah. hahahahahha.

    ReplyDelete
  13. kalu rase isu yang blogger laen kupas cam bez, and rase nak share kat blog sendiri, selalu nyer ku mintak izin dlu..bru copy..tp, jarang sgt buat mcm tu..enche google kan ade..^^

    ReplyDelete
  14. bagi seorang yg mahir IT =P

    dia leh bypass yg tak leh copy...

    i tak ajar method tu di blog... tak baik..

    ReplyDelete
  15. salam. hehehe. aku rasa stendet la di internet keje copy mengcopy ni. dah nama internet tempat org berkongsi maklumat. tp klu nak copy tu mesti berhemah, bagi kredit. huhu..

    klu kita punyer bahan kena copy, tak boleh mrh2 sgt. tak nak kene copy tak payah letak di internet. tu pun belum selamat lagi. hehe..

    itu cuma pandangan saya jek. Peace! :)

    ReplyDelete
  16. aku setakat ni takde la kot kena copy paste~

    mana ada org mau tiru aku yg lucah ni?

    hahaha~

    ReplyDelete
  17. Aku sokong neon..kalau apa yg di copy dari blog kita tu dpt membantu org lain apa salahnya..silakannlah

    ReplyDelete
  18. abg lampu, adik x brape nk phm lahhh bout link tu. dh try letak kt html gadjet tp still leh click 'copy' je? cmne ekk? HAHA. tulun lahh~

    ReplyDelete
  19. Teman nak kopi lah. Kalau boleh nak yg kaw2 ye... Kurang gula k? Hehehe... Kalau teman nak copy, teman copy jewr. Tapi apa barang main kopi2 kan?

    ReplyDelete
  20. Ariey, hehehe tanx sebab sokong aku. ye betul, kita kene sama2 tolong, baru rezeki murah.



    Cik eykameow, ooo yeke? alamak tak menjadi ke? nnt aku check..



    Dakwan , hehehe sila la kopi campur susu sikit laaa sila2.



    Budak kuning, hehehe tips tu pun leh dapat kat mana2 ;)sama2.



    Lord zara , apee daaa entri ko jiwang2 ;) hehe



    ayisy, aku setuju betul dgn pendapat ko. dalam internet ni takde larangan leh amik ke takleh amik. sebab kalau taknak kongsi, jgn sebar di internet.kalau nak jugak, pegi private blog haha




    secret drifter, sila ajar saya bagaimana ya!! pleaseee hahaha

    ReplyDelete
  21. ber_uwang, betul tu, nampa je serupa tapi ayat takkan la 100% sama kan..mesti ada beza ;)hehehe ciplak tv ;)




    YobSumo , hahahah pegi la try kat blog ko plak ye hahaha





    et , huhu google mmg banyak membantu la wehh

    ReplyDelete
  22. nak copy paste ke cut paste leh tp takkan laa smpei wat entry yg 100% same kan? for sophie pon klaw x mlampaw sgtt,oke je..

    ReplyDelete
  23. bagi aku..kalo nak copy paste pon, tukar la ayat tu kepada ayat kita sendiri..pahaman kita sendiri..jgn sebijik2...

    ReplyDelete
  24. biar ler dyorg nk ciplak... 2mknenye kte pye entry bgus

    ReplyDelete

Post a Comment