Sunday, December 20, 2009

Cemburu Tanda Sayang, Hatiku Bagaikan Melayang

Cemburu gila nak mampus rasa hati bila tengok korang sana - sini meluah tentang hati perasan dalam blog. Kalau aku nak luahkan ape yang terbuku dalam hati ini, bukan ada yang sudi nak dengar pun. Yang ada mungkin mengumpat di belakang aku balik, dan esok esok mesti tempiasnya kena pada batang hidung sendiri. Orang boleh senyum secantik Lisa Surihani, tapi belakang kita orang boleh mencaci seburuk Jin Ifrit. Benci semua itu.

Perasaan berkecamuk,bila disimpan semuanya jadi kematu dalam hati aku. Sabar, yang penting sabar. Mak aku selalu berpesan " Biar orang buat kita, jangan kita buat orang ". Kalau dulu masa kecik-kecik ayat tu masih boleh diterima. Kalau dah besar panjang macam ni, aku tak pasti pula. Bagi aku, sabar ada tahapnya, jika ia melebihi paras bahaya aku mungkin ambil tindakan sendiri. Tak mungkin lagi membiarkan diri dipijak, disepak, dibaling sebab aku tak mahu diri jadi macam sambal belacan.

Biskut itu makin rapuh dalam air teh cameron panas,
Tsunami teh yang dikacau menenggelamkan biskut yang rapuh,
Biskut gula yang larut dalam teh panas lalu ku sedut-sedut,
Teh panas menggelegakkan tekak namun ku teguk jua,
Panas tapi sedap. Sakit tapi sayang.


Aku dah cakap aku tak reti bermadah. Ah, tidur awal je la malam ni. Moga esok aku hilang ingatan dan tak rasa sakit macam ini lagi. Aku mahu mimpi syurga yang menjanjikan banyak jejaka-jejaka muda, kacak, tampan yang berbau seharum kasturi  indah mewangi bukan busuk seperti ... (sambung sendiri)
 

Designed by Alieff Artwork