Friday, December 04, 2009

Heineken Drinks And Nuffnang

Iklan ini haram di klik atau tidak?


Awal pagi dah membuat aktiviti blogwalk. Cuma perjalanan terhenti pada blog tertentu dan kegiatan aku nak klik terbantut sebab ada iklan arak dari Heineken. Aku ragu untuk klik iklan buat pertama kalinya. Ya aku berhenti untuk klik jika terlihat iklan ini.Setelah bertanya dan berbalas komen dengan kawan-kawan blogger sebentar tadi, aku dah berjaya update survey nuffnang aku. Aku ni leka, terlepas pandang bila orang suruh buat survey ni. Salah aku juga, tak baca soalan survey betul-betul. Nasib baik sempat update sebelum iklan Arak keluar. Gembira sekarang. ;)

Berkenaan dengan nuffnang pula,..




Pagi ini juga aku terkejut, dengan perubahan baru nuffnang. Semakin cantik dan kemas. Senang untuk nuffnanger semak hits , keyword, dan statistik harian. Selain itu, nuffnang juga ada menyediakan maklumat berbentuk carta pai sebagai bukti rakyat dari negara mana yang telah menjelajah blog kita. Pelbagai servis yang disediakan oleh Pihak Nuffnang banyak membantu para blogger sekarang dalam mengetahui kesesakan trafik di laluan blog seluruh dunia. Terima kasih nuffnang, kerana dirimu begitu berharga.Maka silalah beri aku buffered earning sikit untuk entry kali ini ya pakcik robert nuff.


 

Designed by Alieff Artwork