Tuesday, December 29, 2009

Berasmara Dengan Dia , Jangan Kata Aku Kolot!


Aku masih setia dengan buku diari aku. Terpulang jika kau nak kata aku ni kolot, kampung, poyo boleh blah, tapi tak kesah lah. Aku tak peduli.Zaman kecik-kecik dulu aku selalu beli buku diari yang siap ada "key and lock" tu. Bajet safe, padahal lock tu boleh tertanggal dengan senang.Sekarang bila dah tua bangka ni, aku pakai buku hard cover biasa sahaja. "Key and Lock" tak penting lagi, yang lebih penting ialah dimana aku simpan buku diari tu. Hehe..Rahsia. 

Tsunami yang melanda hidup aku semenjak dua ini membuatkan aku makin bergelora untuk mencoret. Dalam masa 4 hari sahaja, hampir 20 muka surat sudah dibalun dan ditenyeh.Lega rasanya bila dapat menghamburkan segala yang terbuku di hati ke atas melalui pensel dan kertas. Seperti berbicara dengan teman paling setia, aku berasmara dengan diari itu, sungguh erotik dan panas.

Perkara yang paling ditakuti bagi seorang penulis diari ialah bila diari sulitnya diceroboh oleh orang lain. Diari adalah sebuah objek yang bersifat "private and confidential" , maka kita haruslah menghormati terma dan syarat itu. Cuba tanya diri sendiri , pernah tak diari korang dicerobohi penyangak, atau korang sendiri telah menjadi penyangak dengan membaca diari orang lain? Jangan buat begitu lagi ya, tak baik tau. Berasmara dana lah dengan diari kepunyaan sendiri!
 

Designed by Alieff Artwork