Tuesday, December 29, 2009

Ayuh Berjuang Makan Untuk Hidup!



Siapa kata jadi kurus tu cantik dan menawan? Siapa pula kata gemuk itu buruk dan hodoh? Rupa bentuk fizikal itu penting, tetapi apa yang lebih utama ialah kesihatan tuan punya badan. Tak guna kau berbangga teman-teman kata kau kurus, ramping dan ringan tapi kau sebenarnya berpenyakit dan lagi teruk jika penyakit kau tu berjangkit!

Ayuh semua, marilah makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Wahai berat badan , janganlah main suka-suki menurun tanpa kebenaran. Kalau 46kilo tu kira masih boleh diterima masyarakat, tapi apekejadahnya 43kilo? Di sini tidak, di sana tidak? Sekali pandang macam Siti Sarah , sepuluh kali pandang macam Lisa Surihani pula. Haih perasan. Jadi bagaimana caranya ya untuk aku menambah selera makan yang nak tak nak ini? Kena ikut cara ini kah? Susahlah..

Mungkin saja ini terjadi akibat gangguan mental yang sedang menghantui. Berubahlah dan jangan biar emosi memakan diri. Psikologi yang kuat serta mental yang sihat akan menambah selera nak makan. Tapi kalau semunya terganggu, selera makan sekali gus terjejas. Jadi bagaimanakah untuk buat semuanya jadi normal seperti sedia kala? Jawapannya, bukan uBuntu tapi aku buntu. 
 

Designed by Alieff Artwork