Aku Sayang Semua Blogger Otai Dan Tidak Otai



Seperti meludah, kemudian menjilat balik. Ini berkenaan sistem komen yang aku gunakan dalam blog aku ni. Dulu, pernah aku cuba guna threaded comment, tapi kurang berkesan. Threaded komen yang klasik amat melecehkan. Bila bertukar kepada Disqus, ramai yang merungut leceh. Tapi aku dah tak tahan tak dapat berbalas komen dengan korang dan aku kembali gunakan Disqus Comment System dalam blog ni, jadi korang terimalah seadanya dan lepas ni takkan timbul isu aku tak balas komen. Peace.

Tukar URL? Dah lama sebenarnya nak buat pembaharuan,mungkin inilah masa yang sesuai. Ramai yang memberi rahsuah supaya aku gunakan domain .com sendiri, tapi aku belum berkeyakinan secara konsisten untuk membayar RM$$ setahun. Khuatir dibuatnya jika blog ini ditemui seperti bangkai jika tak berbayar. Jangan risau, aku dah mengigaukan untuk ada domain sendiri "silampuneon.com" lah kononnya. Tapi bukan sekarang.Page rank jatuh? Bukan perkara besar, tetapi sedikit sebanyak menjejaskan enjin carian google untuk masuk ke sini.Takpe, pelan-pelan kayuh.

silampuneon.blogspot.com, aku cukup senang dengan URL itu sekarang. Lebih senang untuk diingati, dan aku lebih menjiwai watak si lampu neon dalam dunia blogging. Hilang follower bukan isu besar, kerana aku tahu ada yang masih menghargai kehadiran aku seikhlasnya. Bagi yang membenci, bacalah post ini.Aku bukanlah rasa tergugat cuma sedih rasanya bila ditikam bangsa sendiri.Ingin aku ingatkan pada diri sendiri, dan korang semua jangan blogging untuk populariti, ianya tak kemana.

P/s : Cukuplah bebelan untuk malam ini dari si lampu neon. Jadilah blogger yang happy, comel, riang ria selalu. *cium mulut*
P/ss : Editted entry, aku kembali sujud kepada classic comment system. Banyak error dan susah guna Disqus. ;)

Comments

  1. tapi disqus tu macam best ek. he

    ReplyDelete
  2. Ada cara utk klasik commented system supaya boleh reply komen. Cek kat http://maribinablog.blogspot.com/2009/12/permudahkan-balasan-setiap-komen-reply.html Keburukan? Tiada avatar. :(

    ReplyDelete
  3. Uiks? Komen ku hilang? Cek kat http://maribinablog.blogspot.com/2009/12/permudahkan-balasan-setiap-komen-reply.html untuk tukar classic komen jadi ada reply.

    ReplyDelete

Post a Comment