Thursday, October 01, 2009

Seluar Jeans Koyak Jadi Trend


Jalan sana koyak.
Jalan sini rabak.
Jalan sinun kopak.
Fesyen makin lama makin rosak.


Aku pasti ramai remaja di luar sana gemar memakai seluar Jeans. Bagi aku sendiri, aku lebih gemar memakai seluar slack kerana ianya lebih ringan dan selesa. Namun, harini isunya ialah berkenaan pemakaian seluar Jeans koyak rabak yang menjadi fesyen anak muda kini. Gejala ini dah lama menular dalam negara kita, namun di negara barat ianya menjadi trend atau fesyen yang diikuti oleh orang ramai. Kalau dalam negara Malaysia ini, yang selalu memakai seluar Jeans koyak rabak selalunya lelaki. Suka atau tidak, trend ini juga banyak digunapakai oleh lelaki dari indonesia. Koyak sana sini. Kadangkala Jeans koyak itu berjurai-jurai dan labuh sehingga mencecah lantai. Kadang-kadang si pemakai akan terus beli di kedai, tidak kurang dengan yang mengoyakkan sendiri seluar Jeans mereka. Walaubagaimanapun, seluar Jeans koyak rabak bukanlah menandakan taraf atau kelas sosial seseorang itu, tetapi ianya hanyalah simbol fesyen.
Pengakuan berani mati Minah Totet.
Minah Totet : Aku pun ade juga pakai seluar jenis koyak ni.
Aku : Berlubang ke?
Minah Totet : Ade la sikit...
Aku : Euw..gelinye...cantik ke?
Minah Totet : Entah aku suka.Comel.
Ok, sila lihat dan beri komen tentang Jeans koyak rabak ini ... :



Pendapat korang tentang fesyen seluar Jenas koyak rabak

















Aku sure, ramai kawan-kawan kita ada memakai seluar Jeans jenis koyak rabak ini. Apa kata sumbangkan sedikit idea dan pendapat korang pula. Tak kisah berkongsi bukan?


Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.




 

Designed by Alieff Artwork