Di mana Siti Musliha?
Mungkin dia dah berkahwin atau dah beranak...
Mungkin dia spend hidup dia jadi suri rumah...
Mungkin dia dah jadi wanita OKU yang mempunyai bisnes sendiri...
Mungkin dia dah menetap di luar negara untuk membawa diri...
(andaian aku jer la)
Mungkin dia spend hidup dia jadi suri rumah...
Mungkin dia dah jadi wanita OKU yang mempunyai bisnes sendiri...
Mungkin dia dah menetap di luar negara untuk membawa diri...
(andaian aku jer la)
Aku melompat, melayang, bergayut dari seluruh pelusuk spiderweb di laman net untuk mencari info tentang gadis OKU bernama Siti Musliha. Di waktu aku kecik2 dulu, sering dia muncul di kaca TV, tapi kini tidak lagi. Siti Musliha begitu popular sebagai artis OKU termuda pada tahun 1995. Lagunya yang bertajuk "Mutiara Hati" pernah meletup pada tahun 1996 , namun sekarang dia menghilang tanpa jejak...
Tak disangka, dahulunya Siti Musliha ni bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas Jalan Batu yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.Tempat di mana, aku dan guru-guru pelatih yang lain selalu membuat kerja.Maklumlah, kata lecturer kami...Sekolah Pendidikan Khas Jalan Batu ni merupakan sekolah contoh.
Banyak juga komen2 yang agak kasar dan tajam dilemparkan kepada Siti Musliha, si gadis OKU ini di laman web ini. Kebenarannya tiada siapa tahu. Jadi janganlah kita dengan suka bercakap tentang orang, sedangkan kita tidak tahu selebihnya apa yang dilalui oleh gadis OKU ini.
Berdasarkan komen orang ramai di web itu, ramai yang mengatakan gadis OKU ini banyak mengundang masalah. Namun, pada pendapat aku....kanak2 OKU banyak mengalami masalah emosi. Stress, kurang keyakinan diri,perasaan malu boleh mendatangkan masalah tingkah laku bagi kanak2 OKU. Persoalannya, wajarkah kita menyalahkan mereka? Semestinya tidak.Kerana mereka sememangnya dilahirkan begitu. Adalah tugas kita, membantu, membimbing, memberi semangat kepada mereka supaya mereka dapat mengatasi ketidakupayaan mereka itu.Aku harap, pada siapa yang mempunyai relationship dengan Siti Musliha, sampaikan salam rindu aku buat beliau...
Pada siapa yang tak familiar dengan Siti Musliha...Tontonilah video di bawah.Walaupun kedenagaran agak ngeri seperti lagu Mona Fendi, namun suaranya tetap masyuk.Check it out!
P/s : Doa ku, tidak kiralah dimana dia berada...semoga gadis OKU ini hidup dengan bahagia, dapat berdikari, dan dapat menyumbang jasa kepada agama , bangsa dan negara. Amin.