OKU Seiring Masyarakat Penyayang

"MARILAH BERSAMA KAMI MEMBANTU
GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA"


Donation terbuka dari tarikh : 9/9/09 hingga 10/10/09
UPDATES : Minggu depan EVENT dah start berjalan selama seminggu. I hope yall support my back ok.
  • PROBLEMS : Kami dah rancang nak beli segala barangan dekat MYDIN untuk kurangkan kos belanja, tapi PIHAK PDK telah guna beli barang di GIANT. Kami banyak juga hilang duit di situ.
  • Namun, kami bersyukur kerana kewangan untuk MAJLIS LAMBAIAN KASIH akan disupport sepenuhnya oleh PIHAK PDK.
  • Wang terkumpul kami setakat ini adalah lebih kurang 4k. Harapannya, agar duit ini mencukupi untuk menjalankan semua plan.
Untuk maklumat korang semua, group aku seramai 9 orang akan menjalankan projek khidmat siswa di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK ) Hulu Kelang iaitu sebuah pusat penjagaan harian kanak-kanak kurang upaya pada 5 Oktober hingga 10 Oktober 2009. Di harap, dengan jasa baik kamu semua yang ingin membantu meringankan beban, sudi-sudi lah menghulurkan sumbangan/menjadi sukarelawan untuk berbakti kepada Pusat Jagaan OKU ini.

Butiran lanjut tentang projek ini adalah seperti berikut :
Tempat : PDK Hulu Kelang , Ampang , Selangor.
Tarikh : 5 Oktober 2009 – 10 Oktober 2009
Bil . Pelajar PDK : 62 orang kurang upaya (OKU)
Bil . Pelajar IPIK : 9 orang

Program yang akan dilaksanakan di pusat ini ialah :

1. Gotong Royong.

  • a) Mengecat dinding bahagian dalam PDK
  • b) Membuat mural bahagian luar PDK
  • c) Mengemas bahagian dalam PDK
  • d) Menghasilkan BBM
  • e) Menghasilkan CD interaktif belajar
  • f) Mengemas bahagian luar PDK
  • g) Membuat keceriaan di PDK

2.Lawatan ke rumah OKU sebanyak 4 buah rumah.
  • a) Menjalankan terapi ke atas OKU
  • b) Melihat cara menangani OKU di rumah
  • c) Berkenalan dengan ahli keluarga OKU
  • d) Memberi sumbangan kepada ahli keluarga OKU
3.Aktiviti sukaneka untuk komuniti setempat dan warga PDK.

4.Majlis Lambaian Kasih.
  • a) Ceramah berkenaan “Peluang Pekerjaan untuk OKU”
  • b) Persembahan oleh pelajar PISMP dan warga OKU.
  • c) Tayangan multimedi.
  • d) Penyampaian hadiah dan sumbangan.
  • e) Jamuan Hari Raya Aidilfitri.
Carian sukarelawan - Kami memerlukan sukarelawan yang boleh membantu kami sepanjang program ini berlangsung. Ciri-ciri sukarelawan yang dimaksudkan perlulah ikhlas berbakti demi insan-insan kurang upaya. Sekurang-kurangnya, kita dapat menggembirakan kanak-kanak ini. Korang berminat?

Carian sumbangan - Tujuannya disini adalah untuk meminta jasa baik my bloggers friends and folks to donates whatever sources in order to make our project success. In our calculation, we need at least about RM8,000 to make out for this project. Sepanjang bulan Ramadhan hinggalah Hari Raya, kami masih mencari donation untuk merealisasikan projek ini. Di harap, jika ada yang ingin membantu meringankan beban bolehlah menyalurkan sedikit sumbangan seikhlas hati pada pihak kami. Kami menerima sebarang bentuk sumbangan tidak kira wang, bekalan makanan, barangan atau apa sahaja.
Sebarang bentuk sumbangan boleh disalurkan terus kepada :

No Akaun ini **** - Sila SMS untuk makluman pihak kami
@
PDK Hulu Kelang (Kelas Insan Istimewa)
Dewan Taman Al-Ridhuan,
Jalan Hulu Klang,
68000 Ampang Selangor.
@
Hubungi kami di [0196699261]
@
Email kami di [neorul87@live.com]
Carian Media - Kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat media bagi membuat liputan untuk program yang akan berlangsung pada 5 Oktober hingga 10 Oktober ini. Jika ada cadangan mengenai khidmat media, kami dengan berbesar hati menerima.

Carian Artis - Untuk memeriahkan lagi majlis sambutan Hari Raya bersama warga kurang upaya ini, kami juga sedang mencari seorang artis yang sesuai dan sudi bekerjasama dengan kami untuk memeriahkan dan menjayakan lagi program ini.

"MARILAH BERSAMA KAMI MEMBANTU GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA"



Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.

Comments

  1. Alhamdulillah... ada program kemasyarakatan seperti ini... program yang baik dan patut diberi sokongan :)

    ReplyDelete
  2. Sala mChe Neorul...
    aku hanya mampu mengucapkan syabas di atas sikap baiek hati korang utk membantu mereka yg kurang upaya :)

    semoga berjaya :)

    ReplyDelete
  3. sayang aku duduk jauh nun di utara..jika tidak..sudah lama aku join komuniti ni..

    ReplyDelete
  4. bagusnye cikgu2 ni.. teruskn berbakti utk masyarakat kurang upaya!

    ReplyDelete
  5. bagus projek ni.
    buat dengan hati yg ikhlas ye.besar pahala nnt.
    aku nak sumbang..tp jauh sgt nak hulur.
    handphone aku hilang.so buku bank malaysia sume kat umah.no account sume lupe..isk.

    ReplyDelete
  6. Neon,
    Usaha yang murni.. aku yakin group ko boleh..
    Hidup IPIK..:)

    (Senior IPIK ni... )

    ReplyDelete
  7. carian media : buat satu memo ringkas tentang program tersebut seperti tarikh, masa, lokasi, siapa terlibat, ada tak majlis perasmian & penutup, tentative program & contact number person in-charge.

    kemudian faxkan, satu untuk meja berita & satu untuk meja rencana kpd publication yang u'll minat. fax seminggu /2 minggu sebelum event

    ReplyDelete
  8. wooo...ak sebarkan kt mmbr2 ak kt KL sna..

    ReplyDelete
  9. Tahniah neon..bkn semua org mampu berbakti seperti ini..teruskan lg usaha anda

    ReplyDelete
  10. To all : maafla kalau tak sempat nak reply semua komen...

    maaf juga pada yang tak sempat aku visit blog..sgtlah busy aku sekarang sebab event ini..

    anyway, sebarang pendapat atau idea..im glad to hear from you guys k..

    ReplyDelete
  11. wah, mulianya hati kamu semua.

    good luck ea. LOL

    ReplyDelete
  12. haila..
    da terlepas tarikh..
    tula..lmbat sgt blog walking..
    -selamat hari raya-

    ReplyDelete
  13. moga berjayalah yer...
    sonoknya dapt jadi sukarelawan

    ReplyDelete
  14. erm. amalan y mulia lagi berpahala.
    smge berjalan dgn lancar

    ReplyDelete
  15. bagus...
    bagus membuat amal jariah...

    semoga tuhan memberikan yang lebih baik lagi...

    ReplyDelete
  16. matju leh bagi sokongan je la

    nak bantu x mampu

    semoga tuhan mepermudahkan usaha murni kamu ini

    ReplyDelete
  17. moga ko tetap dlm usaha2 mcm ni neo..smpai belbila...aku doakan All da best buddy!

    ReplyDelete
  18. Sangat respek sama lu lah cik lampu neon ;) sangat murni haiti anda ;) teruskan perjuangan yea

    ReplyDelete
  19. harap maklong??
    hahaha.siot.

    mulia hati kau buat bende ni semua.
    harap kau berjaya.
    ikhlas yg penting.
    kecik2 dulu,aku teringin jugak jadi sukarelawan.
    kecik2 dulu laa.
    sekarang niat tu dah jauh terpesong.haha.
    selamat hari raya btw.

    ReplyDelete
  20. kenapa dgn komen sistem ni...aku baru buang disqus..

    bile buang disqus, jadi takleh komen la plak..

    ReplyDelete
  21. bgus2...keep up..smgat dowh..ni la yg dnamakan rkyat msia yg prihatin...hehee...ntw, slmt ari rya...

    ReplyDelete
  22. neon..hebat program yg ko anjurkan,

    ak nak tanya, sumbangan selain dr bentuk wang, mcm mana nak disalurkan ke ko?

    ReplyDelete
  23. Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari IMCurtain.

    p/s: Join our blogging community and spread your words there! Social Blogger Community

    ReplyDelete
  24. Salam Ramadan dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

    Salam lembaran Aidil fitri Maaf zahir Batin sesungguhnya aku ade buat salah terkasar bahasa harap di ampun... salam kenalan…….

    Lemang lontong ketupat laksa,
    kuih semprit kuih koya,
    Sebulan sudah lama berpuasa,
    Tiba masa untuk merayakannya,

    "Ramailah orang memasang pelita,
    berbaju melayu cantik ceria,
    Salam dihulur kemaafan dipinta,
    Menyambut aidilfitri hari mulia"

    Hulurkan bantuan ringankan beban.. insya Allah usaha anda mendapat keberkatan

    ReplyDelete
  25. 2 no akaun ko ke???
    akaun maybenk??
    gilak!! slah msok..
    naye..
    haha

    ReplyDelete
  26. aku nak tiru style ko tinggalkan mark kat shoutbox org la...

    waaaaaaa..... =)


    heh!

    ReplyDelete
  27. bagusnye ko neo.. sgtla berkebajikan.. teruskan usaha anda... mne shoutbox? asyik buang je...

    ReplyDelete
  28. May your project be a success. Just thought I'd drop by. Take good care.

    ReplyDelete
  29. makin matang ah blog awak.. hehehe berilmiah.. chewah.. huahaha

    ReplyDelete

Post a Comment