Wednesday, September 23, 2009

Putus Cinta, Sambung Balik !



"Break up 50 kali setahun,
Rujuk balik 50 kali setahun."


Pada pendapat saya, gaya “break and fix” ni banyak berlaku terhadap pasangan²yang hangat bercinta. Selalunya terjadi pada pasangan² yang setia sahaja. Tidak ada pasangan yang terdiri dari “play boy” atau “play girl” yang berani membuat gaya “break and fix” ini.


Pencinta sejati. Bila terbit rasa sayang dan cinta pada seseorang itu, bukan mudah untuk melepaskannya pergi.Betul tak? Jadi langkah terbaik, selepas break up je, masing² pasang niat untuk kembali bersama. Masing² setuju dan bahagia bila keputusan dibuat. Selepas adegan “fixing” atau rujuk kembali berlaku, ia bagaikan hubungan baru terjalin walaupun sudah kenal lama.

Itupun ikut nasib. Ada juga individu yang saja² minta break dan berharap dapat fix di kemudian hari tetapi apa yang berlaku tidak seperti yang diharapkan. Sila jangan menyesal dengan apa yang berlaku selepas itu.

Walaubagaimanapun, putus cinta itu menyakitkan. Tetapi berterusan bercinta dengan pasangan yang salah adalah lebih menyakitkan. Setuju?






Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.
 

Designed by Alieff Artwork