Ape reaksi korang kalau mulut kawan korang busuk ya? Kalau aku berada dalam situasi “tidak selesa” itu, aku akan cuba berlagak biasa. Tak mahulah menunjukkan rasa tidak senang depan kawan dan kalau boleh nak jaga hati. Selalunya, lubang hidung aku akan shutdown secara auto dan pernafasan melalui mulut akan mula bertugas mencari oxygen.
Untuk menuduh seseorang itu bermulut busuk, kita sendiri kena tanya diri sendiri. “Mulut aku ni busuk tak?”. Buat eksperimen kepung tangan , tiup, dan cium bau mulut sendiri.Jangan sesekali menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa mulut korang wangi walaupun sebenarnya tidak!
Antara tips yang aku sering buat untuk memastikan mulut sentiasa wangi ialah, minum air masak bergelen². Selalu juga aku singgah di petronas untuk beli chewing gum atau halls yang perisa mint itu. Aku amalkan berkumur selepas makan, dan pastikan tiada makanan terselit di celah gigi dan kalau ada kenalah floss. Ingat, mesti gosok gigi dan sental bahagian lidah,lelangit dan kerongkong.
Di sekolah dulu aku ade seorang kawan yang ada masalah mulut busuk ni.Kalau bercakap dengannya, mesti aku dah ambil jarak jauh awal². FYI, semua orang pun setuju mulut dia berbau. Tapi, silapnya…tiada seorang pun yang berani tegur kawan aku ni.Dan kesimpulannya, ramai yang tak mahu berkawan dengannya.
Macam mana nak buat ye?
Bagi chewing gum? (Kalau tiap² hari macam ini, masak lah!)
Teguran…”Er, xoxo…mulut ko busuk la…” (Takut terasa pulak)
Hadiahkan mouth freshner? (Sangat provoking)
Cakap laju²dan perkara yang penting sahaja kemudian blah! (Tak sopan pulak)
Ada idea lain tak?
p/s : Ini bukan mulut busuk time puasa. Kalau time puasa mulut kita wangi seharum limau kasturi.