Saturday, March 26, 2011

Atuk Kesayangan Saya.

Salam !

Sempena malam yang indah ni. Aku teringat kenangan dengan atuk dan nenek aku. Aku sayang diorang...sebab diorang lah penyeri hidup kami ! Walaupun diorang dah takde, aku tetap sayang dan ingat jasa baik dan nasihat diorang. Al-fatihah ku sedekah kan untuk mu = ) (entri ini re-publish)
"Diri mu penyeri hidup ku..
Semoga kau aman di sana..
Akan ku simpan gaya senyum manis mu diingatan.."
..Haji Ahmad bin Othman..
Love you sayang














































Al~Fatihah...
Atuk..semoga atuk ditempatkan ke dalam syurga..
semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
semoga segala dosa-dosamu diampunkan olehNya..
semoga segala amal ibadatmu diterima olehNya..

Atuk..semoga memori indah atuk bersama kami kekal selamanya..
tiada sekelumit kenangan yang pahit pun yang ditinggalkan kerana semuanya indah..
semoga senyuman dan gelak tawa atuk kekal mewarnai hidup kami..
semoga berkat doa atuk kepada kami dimakbulkan dan sejahtera dunia akhirat..

Kenangan yang tidak mungkin akan ku lupakan..

1. Buat bubur untuk atuk. Atuk selalu marah kami sebab asyik bagi atuk makan bubur. Kadang2 bubur kosong.Sorry atuk, doctor kate atuk tak boleh makan bende keras, nanti tak hadam..
2. Cukur rambut atuk. Setiap minggu atuk pakai smart2 lebih dari kami dan atuk ajak pergi kedai gunting rambut..lepas tu atuk namoak hensem dan segak macam selalu..
3. Urut kaki atuk. Bila time tido malam2 atuk sakit kaki dan panggil kami urut kaki atuk. Kami mamai pun kami datang sebab kami sayang atuk..
4. Garu belakang atuk. Atuk tak sampai nak garu bahagian belakang atuk dan kami tolong garukan..atuk kata "Mak oi..leganya..".Kadang2 lenguh juga tangan kami sebab atuk tak suruh kami stop.
5. Pakai Olay White Cream. Atuk bagi duit pada kami dan pesan beli olay white cream sebab atuk kate nak hilangkan taik lalat yang banyak dekat muka. Bila kami gelak atuk kata atuk nak jaga muka..
6. Losyen "New & Trendy".Bila kami beli losyen lain yang lagi wangi, atuk tak suka. Atuk nak New&Trendy jugak walaupun kami tak berapa suka bau tu..
7. Mee goreng KL VS Mee goreng melaka. Bila atuk masuk hospital, kami bawakkan mee goreng dari Melaka dan atuk cakap " Mee goreng melaka sedap, Mee goreng KL atuk tak lalu nak makan". Padahal kami makan rase semua sama je..
8. Topup Credit Atuk. Atuk selalu bagi kami duit nak topup credit atuk. Kadang2 duit banyak lagi tapi atuk dah standby beli awal2.
9. Basuh gigi palsu atuk. Setiap kali nak makan atuk suruh basuh gigi atuk,kadang2 atuk tak tahan sangat atuk makan juga tanpa gigi..mana boleh kunyah..

Align Center Sampailah atuk terbaring uzur dan tak dapat bangun lagi..

1. Bersihkan lampin atuk. Atuk selalu kate kami buat kerja kasar, tapi kami bukan nurse yang bertauliah atuk, sorry..
2. Tengok Tv. Atuk tak lagi nak tengok Gerak Khas macam selalu atuk jadi Raja Remote..
3. Mandi. Atuk tak lagi dapat mandi guna water heater, cuma haritu atuk lega sangat sebab kami mandikan, itupun nak dekat sebulan dah tak mandi..
4. Minum guna tube. Atuk tak dapat lagi nak makan macam dulu sebab doctor sarankan guna tube dari hidung untuk minum susu..Bila atuk tanya kami apa makanan hari ini? Kami menangis..sebab atuk hanya boleh minum susu..
5. Hospital bed. Berkat kutipan duit adik beradik emak, akhirnya muncullah sebuah hospital bed yang berharga RM2500 di rumah kami. Kami tempatkan khas di ruang tamu supaya senang jaga atuk..
6. Tank oxigen. Alhamdullillah, berkat doa semua orang, seorang doctor tak dikenali telah menwakafkan tank oxigen untuk kegunaan atuk..kami bersyukur..
7. Terbaring 24 jam. Atuk uzur, tak dapat bangun. Tapi atuk cakap atuk nak bangun dan jalan. Kuat betul semangat atuk..
8. Peluk dan ucap sayang. Seakan-akan tahu untuk dijemput malaikat, atuk selalu peluk kami dan tanya kami sayang atuk atau tak. Kami peluk atuk dan cium ucap sayang pada atuk banyak kali..

Hari Rabu 29/7/2009 , sekitar 6.20 ptg, kami sedar atuk sedang berhadapan dengan maut.

1. Kesejukan.Dalam kekalutan itu, aku sempat memegang mulut atuk, aku rasakan begitu sejuk dan tak pasti kenapa lidah atuk berwarna putih..cepat2 aku panggil mak, untuk tengok keadaan atuk..
2. Kalimah syahadah. Kami semua berkumpul dan mengucapkan kalimah syahadah pada telinga atuk..
3. We are the witnesses. Beberapa kali atuk mengambil nafas panjang dan beberapa saat lepas itu atuk menghela nafas terakhir...
4. Atuk pergi. Tepat pukul 6.30..atuk pergi tinggalkan kami..tinggalkan dunia..

p/s : 2 hari aku MC dan tak mengajar. Aku tak tahan nak tulis lagi. Air mata tak berhenti mengalir.


Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.
 

Designed by Alieff Artwork