Monday, June 29, 2009

Si Guru Menuntut Ilmu Batin [Praktikal di SKTS]

Perkara : Praktikal 2 bulan [29 Jun 2009 - 21 Ogos 2009]
Nama Sekolah : Sek. Keb. Taman Segar [Kuala Lumpur]
School timing : 7.20 a.m - 2.00p.m
Waktu mengajar : 10-12jam seminggu
Subjek/Matapelajaran : Belum diketahui [Semua boleh]
Pergi/Balik sekolah : Carpool di waktu pagi dan mengejar RAPID di waktu petang



*Sekolah tersergam indah di atas bukit,memang segar dan nyaman*

*SKTS, aku harap dapat memberi pengalaman indah bagi aku*

*Kantin sekolah yang penuh makanan yang murah - murah*

*Sebjik masa zaman aku sekolah rendah dulu-dulu*
*Perhimpunan seawal 7.20 pagi, hari pertama ku*

*Murid - murid yang bakal aku ajar, budak - budak khas*



Hari pertama merupakan hari yang membosankan kerana aku dan kawan se-praktikum yang lain masih belum diberi jadual. Sudah ku survey budak-budak khas [istimewa] yang ada disitu, overall semuanya nampak well behave. Ada seorang budak khas yang diluar kawalan tadi telah menerpa ke arah kawan ku dan memeluk dan mencium dengan muncung yang agak panjang sebagai tanda "welcome".

Aku semakin busy . Macam hell. Awal pagi tadi paramedic datang seawal 5.30 pagi dan bawa atuk pergi. Aku runsing, hati berdebar waktu di sekolah tadi sebab atuk aku masuk HIGH DEPENDANCY WARD, dekat HUKM. Baru keluar HUKM pada bulan lepas, dan masuk balik bulan ni. Mengikut kata doktor, peluang untuk atuk aku untuk sembuh dari kansernya agak tipis. Jadi kami semua harus bersedia dengan pemergian atuk. Kami juga sudah buat solat hajat dan mendoakan supaya pemergiannya dipermudahkan oleh Allah s.w.t. [Aku makin sedih, aku macam terngiang-ngiang atuk batuk-batuk disebelah bilik aku.]

Di kesempatan ini,aku nak ucap terima kasih dengan nada terharu pada insan-insan yang selalu support aku di sini [mashi, ratu, ubey, dan zara & hana] . Terima kasih kerana bagi aku banyak moral support behind the scene. Maaf talian maxis tidak lagi available. Sila rujuk pada nombor sekian 019 6699***...


Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.

 

Designed by Alieff Artwork