Monday, May 25, 2009

Bela toyol


Inilah bahana kalau tak jujur menjawab exam. Ha-ha. Aku pasti ramai antara kita yang mahir melakukan taktik kampung macam aku buat ni kan? Baik mengaku..Inilah hasil bekalan aku tatkala menggelabah di pagi hari exam.



Dikesempitan ini aku nak bagitau , Punca Kemalasan Stadi :

1. Godaan Internet. Aku mesti melihat blog di setiap saat. Walaupun aku tau takde ape - ape yang terjadi dekat blog ni pun. Paling tak, aku akan scroll page aku 2 -3 kali sebab nak pastikan post tu memuaskan hati atau tak.

2. Godaan Makanan. Aku yakin. Bila waktu aku bukak buku jer, perut aku mulai bekeroncong seperti ala - ala joget lambak. Bila bukak nota jer, teringat air minuman sejuk dalam peti ais..dan junk food yang hendak dikunyah-kunyah. Lepas tu mula lah melilau cari makanan nak isi perut.

3. Godaan Tidur. Aik, bukak nota je dah menguap? Memang itulah aku. Belum habis 3 muka surat, aku rase bosan giler. Lepas tu terlintas kat fikiran.."Baik tidur dulu, dapatkan energy. Malam karang bangun dan stadi". Bila aku tidur..dah tak bangun dah lepas tu. Sure.

4. Godaan Movie. Exam week pun sempat aku khatamkan movie yang ade dalam external. Wow. Sambil-sambil selak notes, mestilah nak hiburan kan?So aku tak tau la ape yang aku baca tu masuk ke tidak.

5.Godaan berkhayal. Ok,aku mengaku. Aku memang suke day-dreaming. Kadang-kadang fikiran terbang melayang nak jadi puteri raja la, nak pakwe hensem la, nak jadi orang kaya la, nak beli kereta caldina la.Lepas tu senyum sorang-sorang. Stadi tah kemana. Notes berterabur bawah katil.

6. Hari exam. Aku selalu bertawakal. Berserah. Aku doa " Ya Allah, bg la aku ingat ape yang aku stadi dalam class selama ni ".

p/s : Aku kene berubah. Tapi bila? Sampai abis degree la kot. Setahun je lagi.
 

Designed by Alieff Artwork