Sunday, January 04, 2009

Anti - lelaki.


PERINGATAN :Entry ini ditujukan untuk semua golongan lelaki YANG MENGAMALKAN PERKARA YANG TERSENARAI DALAM LIST SAHAJA.

Kongsi sikit apa yang aku tak gemar tentang manusia bergelar lelaki.


1. Badan berbau.


Aku tak pasti samada segelintir orang - orang ni berbau disebabkan bau peluh @ bau ketiak @ baju tak basuh. Kita kena aware dengan perkara macam ni. Kalau dah tau badan kita ni selalu berpeluh, atleast pakai lah deoderant, semburlah minyak wangi sikit. Atleast deoderant tu membantu menyerap peluh di bahagian ketiak kamu tu.

2. Mulut busuk.

Selalunya si polan yang bermulut busuk ini adalah seorang smokers. Orang lelaki yang merokok selalunya bermulut agak busuk, mempunyai gigi yang kuning kehitam - hitaman . Jauhi perokok!


3. Bulu - buluan.


Aku selalu perasan yang orang lelaki ni banyak yang tak jage bulu buluan mereka. P/s : Bulu hidung pun nak tunjuk kat orang ke bang? Hadui..kasi clear sikit bleh tak? Kadang - kadang bila terpandang seorang mamat ni, muka dah handsome gila, tapi bila terpandang tang hidung je, ade jer yang terjulur keluar. Aiseh. CANCEL . P/s/s : Bulu yang lain - lain tu pandai - pandai la trim okayh!Jangan biar jadi hutan belantara plak!

4. Selekeh.


Serius. Aku bukan la suka orang yang kemas yang teramat kemas sangat. Tapi atleast nampak bersih cukup la. Aku kureng dengan orang yang selekeh. Rambut dibiarkan panjang + serabai, janggut + misai tak trim + pakaian yang dikenakan jenis yang tak sesuai.

Contoh yang aku pernah tengok macam ni :


- lelaki yang memakai baju kemeja yang bersaiz besar dan tak bergosok
- lelaki yang menggayakan seluar jeans yang koyak rabak dan di bahagian bawahnya dibiarkan melesar kat jalanan. (tukang DBKL)
- lelaki yang suka memakai jeans yang jenis "narrowed" di bahagian bottom.(bajet macam yankie funkie?)

- lelaki yang jenis pakai baju warna striking dan ketat.

5. Tidak sopan.

Antara perangai - perangai yang tidak sopan , yang selalunya aku dapat tengok kat lelaki ialah :

suka kentut kuat - kuat, macam takde perasaan malu
suka
korek bijih dan buang merata - rata, tak pon selit je mane - mane tempat
suka meludah di jalan raya
suka
mencarut
suka
gelak kuat - kuat!!
suka pancut merata - rata!


P/s : Itu je buat masa ini. Harap maklong.
 

Designed by Alieff Artwork