Tuesday, November 11, 2008

Maafkan aku Bloggers ~

Salam,
Happy blogging pada semua rakyat Malaysia yang indah ,permai ,aman ,damai ,dan sentosa.
Harini aku ingat nak kongsi sikit luahan perasaan aku sebagai kawan - kawan bloggers korang semua. Aku bukan rajin membuat aktiviti blogwalking sebab nak dapat ramai followers tau. TAK! Aku singgah sebab aku nak bace bingkisan - bingkisan yang korang sembahkan kat blog
korang , sambil - sambil tu nak la buat kawan. Ape yang aku tak berkenan tu kadang - kadang sesetengah bloggers tu hanya menyinggah kat blog aku untuk meninggalkan jejak seperti "memaksa" aku ke blog diorang . Aku tak kesah kalau korang nak tinggalkan jejak tu kat sini..tapi atleast ko tanye la kabar aku ke..lepak2 la kat sini dulu ke..ni tak.. Kadang - kadang tak pernah tunjuk muka kat blog aku, titibe ade msg : *click here to read blax3x..* Hal ini menjadi sebab dan punca aku makin malas nak singgah blog korang. Korang seolah - olah membuat entry untuk mengaut visitor yang ramai demi kepentingan diri sendiri yang mengejar nak femes. Femes ke kalau blog korang ramai visitor ? Kalau korang rase nak femes, tolong la jangan suruh aku bace blog korang ye. Harap Maklum. Aku bukan ape,..cara korang buat tu membuatkan aku menganggap korang sebagai strangers. Datang jengah baru sekali , tapi tup - tup suruh aku view and comment blog korang . Bagi aku, bloggers yang singgah berteduh kat sini dah dianggap macam kawan - kawan aku..Jadi jangan la..leave msg mcm ni : * Nak tahu apa rahsia di sebalik bawah katil saya? Click here * dan BLAH macam tu je. Tak proper kot ? Sebab aku pon tak kenal korang , but then titibe soh aku tau pasal ape yang ade bawah katil korang. Waduh2..Mari lah kita sama- sama berkenalan dahulu sebelum meninggalkan msg sebegitu dekat blog aku ni okay..

( daku hanya insan lemah dan tak berdaya, maafkan daku.. )

Tapi aku solute kepada cet hana, cet mashi , cet ratu , cet zara dan cet ubi kerana dorang tak suke promote entry diorang semata - mata nak suruh aku bace. Dorang memang caring =)

( peace! jangan gaduh2 okay.. )

 

Designed by Alieff Artwork