Thursday, October 23, 2008

I am Nurul Aina Zakaria

Berkulit gelap, dan menggerutu itulah saya. Saya adalah seorang insan sagitarius yang bakal bergelar guru yang telah menceburi bidang Pendidikan Khas @ Special Edu. Mungkin saya tidak akan menjadi guru terhebat di alam semesta, tetapi saya berjanji untuk berbakti untuk anak murid istimewa saya dengan ikhlas. Saya seorang pelupa ini mungkin kerana semua makanan yang bersemut adalah feveret saya. Saya amatlah pendiam jika anda baru kenal saya,tapi saya amatlah merimaskan bila anda rapat dengan saya. Kerana saya suka melompat dan menjerit. Dulu saya gemuk dan selekeh, tapi sekarang saya kurang gemok dan semakin cun. Jangan risau, itu kata saya bukan kata orang. Itulah sebabnya rakan-rakan saya ada yang langsung tidak mengingati saya sebagai Nurul Aina Zakaria.Saya seorang yang pasif yang tidak punyai keyakinan diri dari kecil sampai sekarang. Ini mungkin kerana saya tidak diberi peluang untuk menmbuat ekpresi diri.Kesannya, saya ketinggalan di belakang. Saya mengikut rentak dunia di mana saya suka berkhayal di alam fantasi kerana di dunia realiti saya adalah LOSER.Mungkin hanya dengan berblogging saya mampu jadi somebody. Dan itu semua tahi.Saya rasa tiada apa yang menarik tentang diri walaupun saya sering termimpi-mimpi untuk jadi seorang pakar saintis atau ahli forensik terkenal dalam cerita CSI.Bencilah saya kerana saya seorang blogger.


p/s : selamat berkenalan dengan neo si lampu neon.



 

Designed by Alieff Artwork