Theory Charles Darwin VS Alquran

*Salam..harini aku nak bercerita sedikit tentang bacaan aku tentang kes teori evolusi Darwin dan percanggahannya dalam perkara yang termaktub dalam al-quran. Harini baru aku betul2 paham tentang proses kejadian manusia ni dengan lebih jelas lagi.Check it out..


*Ok,jom kita kenali serba sedikit tentang Darwin ni..beliau ni dilahirkan di Shrewsbury, Shropshire, Inggris. Latar belakang keluarga dia ni terdiri daripada golongan yang boleh dikatakan kaya. Jadi, hasilnya..Darwin ni dapat membesar dengan baik serta mendapat pendidikan yang sempurna.Bila dia meningkat dewasa, dia mula minat dalam bidang geologist iaitu kajian mengenai alam kehidupan..



* Ok, untuk mengukuhkan lagi pendapat bahawa teori ni tak betul, kita boleh tengok latar belakang Darwin ni. Sebenarnya Darwin tidak pernah dapat pendidikan biologi secara formal. Beliau hanya meminati subjek alam semulajadi dan benda-benda hidup..Minat yang tinggi pada alam semulajadi ni membuatkan dia mengembara mengelilingi berbagai kawasan-kawasan yang berbeza di seluruh dunia selama lima tahun.Sejak tu, dia mula tertarik dengan berbagai spesies hidupan..



* Banyak orang berpendapat bahawa teori Darwin ni telah menghina kejadian manusia yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t..(aku pun agreed) . Ini kerana, teori ini terang - terangan menghina nenek moyang kita iaitu Nabi Adam dan Hawa..


*Inilah cover buku yang telah diterbitkan hasil daripada penyelidikan Charles Darwin.Buku ini menjelaskan berkenaan tentang asal - usul speisis 'The Origin of Species' . Dalam buku ini,Charles Darwin telah menjelaskan evolusi manusia generasi demi generasi menurut proses alam. Buku ini juga telah mencetuskan kontroversi dalam bidang sains dan agama.*Benda ni buat aku curious..heheh dah lame nak tau pasal bende ni..hari ni yall nak kongsi dengan korang pasal info si Darwin ni..


* Hehehe, ni lah gambar si Darwin ni..orang edit gambar dier jadi beruk.Adeke dier cakap manusia ni berasal dari generasi beruk @ mawas?Perkara ni dah luar tabii, buat pengetahuan semua, evolusi yang dikatakan oleh Darwin ini ternyata tidak benar.Menurut kajian lain, evolusi ini juga merupakan teori yang gagal..*Korang nak tau dengan lebih lanjut, kene la bace sampai bawah..banyak lagi aku nak explain nieh..sabar ek..
* Actually, asal usul kewujudan dan kepercayaan evolusi ini adalah disebabkan kepercayaan yang menolak kewujudan ciptaan Allah s.w.t..Kalau korang tak peraya, hanya orang yang tidak beragama atau tidak teguh pendirian agamanya sahaja yang masih mempertahankan evolusi ni..Buktinya, kalau kita buat research tentang ahli-ahli falsafah yang tak beragama, dorang memang setuju benar dengan teori ni..* So, wujudnya teori yang macam ni mendatangkan banyak percanggahan pendapat bagi golongan yang beragama yang yakin dengan kewujudan Allah.s.w.t..
*Darwin ni percaya sangat yang manusia ni dari satu generasi yang makin lame makin berubah sebab faktor persekitaran. *Contoh yang aku dapat tengok ialah pandangan beliau ke atas paruh burung. Dia kate, paruh burung ni berbeza-beza disebabkan habitat dan persekitaran mereka. So, dia percaya bahawa setiap yang berlaku itu datang daripada adaptasi kepada persekitaran.In addition, dia percaya bahawa alam spesies kehidupan yang berbeza ni bukan datang daripada Allah, akan tetapi datang daripada satu mamalia yang berubah menjadi berbeza- beza atas sebab persekitaran..




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



*Penat explain pasal teori Darwin ni..apa kata kita tengok plak proses kejadian manusia ni menurut Al-quran..?
*Asal - usul manusia ni bermula dengan malaikat Izrail yang telah diperintah oleh Allah untuk mengambil sebahagian tanah untuk dijadikan bahan untuk menjadikan Adam..Tanah yang diambil ini berasal dari bumi dan syurga..antara tanah-tanah tu ialah :
*Amacam?Hebat tak kuasa Allah s.w.t. dalam menciptakan kaum Adam ni?Subhanallah..Selepas mencampurkan semua tanah tu , Allah telah mencampurkan dengan air tawar, masin dan hanyir beserta api dan angin..Kemudian Allah resapkan Nur ke dalam tubuh itu dengan pelbagai "sifat".Tanah itu dicampurkan lagi dengan wangian dan ramuan dari Nur-Sifat Allah. Kemudian, tubuh tersebut dibenam dalam "Kudral 'Izzah" iaitu sifat "Jalan dan Jammal" lalu disempurnakan tubuh tersebut.Lepas tu, Allah tiupkan roh dan memaksa roh memasuki tubuh tersebut..Dengan itu, sempurnalah kejadian manusia pertama (Adam) digelar sebagai "Abul Basyar" iaitu Bapa Manusia.

*Bukti kekuasaan Allah s.w.t ini dapat dilihat dalam Alquran yang menyatakan bahawa ""Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik" (Al Qur'an, 23:14)"



*Menurut Al-Quran, manusia terbentuk hasil dari percantuman antara air benih lelaki dan wanita. Ia juga menerangkan bahawa penciptaan manusia dari setitik air mani, dan pencantuman antara benih lelaki dan telur wanita.Air mani ini kemudiannya bertukar menjadi segumpal darah.

*Embrio yang sedang membesar disifatkan sebagai manusia ketika berumur 40 hingga 42 hari. Al-Quran juga menyatakan bahawa embrio membesar di dalam tiga keadaan atau dinding yang gelap. Dalam istilah sains, mungkin 3 keadaan ini merujuk kepada dinding perut ibu, dinding uterine dan amniochorionic.

* Dari segumpal darah ke segumpal daging, Allah s.w.t telah membentukkan tulang, kemudian membungkuskan tulang dengan daging. *Perubahan proses yang berterusan menyebabkan pemeringkatan embrio manusia amat kompleks.*Korang clear tak pasal bende ni ? Meh aku terangkan balik..manusia ni berasal dari setitik air mani --> segumpal darah --> segumpal daging --> tulang - belulang --> otot dan daging...

Comments

  1. thx for the information!
    gud explaination.

    ReplyDelete

Post a Comment