Allah sentiasa ada untuk kita



~ Betul cakap orang .." Cinta pada bunga , bunga akan layu..cinta pada manusia , manusia akan mati..cinta pada Allah, cinta kekal abadi.."

So , this is what i like to do most when I'm depressed..i hope that everybody who had a hard time like me, you guys can do the same way to help yourself to wash away your grieves..Mencari sinar keberkatan dari Allah, Tuhan kita yang maha ESA..Ikutlah cara-cara dibawah :

1. Awali doa anda dengan mengucapkan rasa syukur atas semua anugerah Allah yang
sudah & akan diberikan kepada anda.
2. Memohon bantuan & bimbingan dari Allah agar dapat selalu berdoa dengan sepenuh
hati & perasaan
3. Berdoa agar semua emosi-emosi negatif di hati anda supaya dibersihkan
& dikeluarkan dari hati (setiap emosi negatif di sebut satu persatu dan
didoakan secara khusus satu persatu pula)
4. Memaafkan kesalahan orang lain & berdoa agar semua hal-hal /emosi negatif
yang diakibatkan oleh kesalahan orang lain supaya dibersihkan & dikeluarkan
dari hati.
5. Memohon ampun atas semua kesalahan kita sendiri beserta semua akibat-akibat
negatif yang diakibatkan oleh kesalahan-kesalahan tersebut.
6. Mengakhiri doa dengan pujian & rasa syukur kepada Tuhan.

Cara berdoa kepada Allah ketika hati kita sedang dilanda kegelisahan adalah sangat mujarab..yang penting kita percaya bahawa Allah akan sentiasa membantu hambanya yang diciptakan lemah selemah-lemahnya..Kita juga kene percaya bahawa Allah itu maha adil..dan setiap yang berlaku Dia telah tetap dan tentukan segalanya untuk kita..Kita tidak sepatutnya menyalahkan Tuhan keranan menciptakan kita selemah ini kerana Tuhan telah menciptakan kita untuk kita tunduk dan sujud kepada - Nya. - Nukilan ku, neo
_______________________________________________________________________________________




~ Mengikut Ibnu Qayyim, beliau pernah menegaskan bahawa dalam hati itu terdapat kekalutan yang tidak boleh diperbetulkan kecuali dengan mengadap kepada Allah


1. Dalam hati itu terdapat sifat liar
yang tidak mungkin dihilangkan kecuali dengan berjinak-jinak dengan Allah

2. Dalam hati itu terdapat rasa
dukacita yang tidak mungkin dihapuskan kecuali dengan merasa gembira
dengan ma'rifat terhadapNya dan juga benar dalam bermuamalah dengannya

3. Dalam hati itu terdapat perasaan keluh
kesah yang tidak mungkin ditenangkan kecuali dengan berkumpul dan menumpukan
diri kepadanya

4. Dalam hati itu terdapat kegolojohan
dan penyesalan yang tidak mungkin dipadamkan kecuali dengan redha dengan
perintah, larangan dan qada' Allah dan menahan sabar menghadapi perkara
tersebut sehinggalah ke masa pertemuan denganNya

5. Dalam hati itu terdapat rasa kepapaan
yang tidak mungkin disekat kecuali dengan perasaan kasih dan penyerahan diri
kepadaNya,berterusan berzikir dan kebenaran keikhlasan kepadaNya. Jika
dikurniakan dunia dan segala kandungannya kepada hati yang dihidapi perasaan
papa maka ia tidak dapat menghilangkan perasaan tersebut.

~ Nukilan ku, neo

_________________________________________________________________________________________

Comments