Kebun Mini Kat Rumah ! Semua bermula dengan...

Assalamulaikum :)

Minat berkebun ni sebenarnye bermula dari sugar glider jugak tau ! Nak tau kenapa ? Setiap kali saya bersihkan sangkar sugar glider, semua bahan buangan dia akan jatuh ke tanah....beberapa hari lepas tu muncul lah pelbagai jenis pokok buah buahan dan sayur sayur kat laman rumah ni. 

keh keh keh

Kebun Mini Kat Rumah ! Semua bermula dengan...



jalan sana tengok pokok rambutan tumbuh !

jalan sini tengok eh eh ada pokok tomato pulak bila masa aku tanam ni ?

tengok tengok aritu ada pokok timun dah menjalar kat tembok...wah ?

pokok papaya pun ada ? kikih kikih...

Tu semua sebenarnya makanan sugar glider...bila buah dan sayur diorang yang tak habis makan tu pi campak merata rata kat laman rumah...lepas tu amik ko...tumbuh pokok buah !

Start dari situ laa..saya duk mengorek pokok pokok yang tumbuh tu masukkan dalam poly bag dan pasu dan mula menjaga pokok yang tumbuh tu, dan mula minat nak tanam macam macam depan rumah ni haha...Ok meh saya intro pokok pokok saya !


Ok kat sini ada beberapa pokok rambutan dah mula nak membesar...tengok tu...dia suka duduk situ kot...biar dia...malas nak kacau dia...

 salah satu pokok rambutan tu saya pi letak dalam pasu...hehehe
Yang ni memang dah berusaha jaga sebaik mungkin tapi dia macam taknak hidup je...pokok mulberi ni..tumbuh tinggi tapi takde buah...rasa nak buang je...tapi masih menaruh harapan kat pokok ni untuk berbuah..

Yang ni boleh la dibangga banggakan...tapi pokok ni bukan pokok saya tanam..tapi ni usaha mak saya ... dia memang dah bangga betul tengok pokok markisar dia dah berbua dengan jayanya,.,.skang banyak buah woo...best buat jus !!

nah buah markisar ... boleh petik jerrr buat air...tapi tunggu merah sikit baru manis..

haa yang ni pulak pokok anggur.. mak saya dan saya penat menelaah internet tu tentang cara penjagaan pokok anggur ni...dan dalam otak kitorang tengah ligat nak menjayakan pokok anggur ni since pakcik depan rumah sudah pun memperlihatkan pokok anggurnya yang sedang ligat berbuah...
huhhh tak leh jadik ni..kena buat sesuatu !
ok, ini projek kebun saya !! hehehe...macam orang gila menanam pokok padahal kebun sekangkang kera ye dak ? Takpee....best kot tengok diorang membesar...macam tengok anak sendiri memebesar lak..hahaha


ok ini adalah pokok tembikai susu !! SWahhh cool tak..saya tanam pokok tembikai susu ? wuuu setakat ni pokok ni memang paling favorite...tapi abah dah pesan...kena pindah dah pokok tembikai ni..sebab dia nak merebak macam mana...kena buat batas ni...hohh bila pulak aku nak pi buat batas ni...

haaa yang ni pulak pokok capscicum aka pokok cili benggala ! Haaa..saya tanam ni sejurus lepas saya masak sphagetti aritu. Cili ni kalau beli kat pasaraya sebiji dah rm6...mahal gila...jadi terpaksa lah saya tanam sendiri sebab saya suka makan sphagetti ... so pasni petik sendiri je kat kebun sendiri...doakan capcicum saya berjaya berbuah ya !!


ni rasanya pokok cili benggala atau cili yang gembol ketot tu kot...rupa macam sama je...tapi dah macam macam benih saya baling tak ingat pulak hohoho

 ini pokok ulam pengaga mak saya ! Mak suka tanam pokok ulam ulam...anyway saya suka pokok ni sebab dia cantik...comel sangat !


 ok ini pulak pokok bendi !! Pokok bendi jiran belakang rumah sudah melambai lambai buah dia...dah boleh petik kot ! So apabila sudah jeles...kena lah tanam jugak kan...nak tengok hasil sendiri... hehehe...go bendi you can do it !!!

 Yang ni pokok ulam...jiran mak kasi benih ni...ulam raja ke atau pokok kucai...saya tak pasti...Mak saya kata ni pokok ulam raja...ye la kot !



ni haaa semua orang tahu ni pokok apa .. pokok betik ! yeyyy...entah mana nanti nak tanam betik ni...hehehe 

harini pulak dengan bangganya saya dah tanam pokok baru...hopefully pokok ni akan tumbuh dengan sihat...semua pokok kalau nak tanam kena baca bismillah dan mintak kat Allah supaya dia tumbuh sihat...kena cakap cakap dengan dia...hehehe...

tadaaaa pokok epal !

Apakah ! ada tak orang malaysia cuba tanam pokok epal ? entahnye...main letak je biji epal kat tanah ni..pastu letak baja sikit...esok kalau bercambah ke memang terkujat aku...

  
yang ni pulak pokok delima. Semalam masa diorang makan delima tu..saya cakapppp woooii jangan buang biji dia ena nak tanammmm jadi semua orang makan dengan berhati hati supaya tak rosakkan biji benih buah delima ni hahahaha....hello my sweety pokok delima !


yang dua sekawan ni...atas permintaan mak saya...dia mintak tolong saya tanamkan pokok petola dia...ha...so apalagi masuk tanah dalam polybag, lepas tu semai biji benih pokok petola...harap harap elok ! amin...

last but not least....pokok ni dah cuba tanam dah tapi tak jadi..hari ni cuba semai lagi pokok timun...benih ni semua masa potong timun keluarkan biji benih dia jer...hahaha...tak beli kat kedai pun...soo harap harap jadik la ye..amin !


 Inspirasi dari bela sugar glider telah secara automatiknya membuat saya juga suka berkebun sekarang muahahaha...tak caya kan ! pelik tapi benar !

hello baby sugar glider ! update sikit pasal sugar glider saya ni...
saya ada 7 ekor sekarang 4 jantan 3 betina 
dalam perancangan nak letgo 3 ekor sugar glider...saya cuma nak keep induk je..
shemie boboi ninja mumu not for sale.
  1. shemie (jantan)
  2. ninja (betina) - baru lepas makan anak sendiri buat kali kesepuluh.
  3. boboi (jantan whiteface)
  4. mumu (betina) - sekarang tengah preggy anak yang kesepuluh kot...
  5. sutra (jantan) - for sale
  6. pesona (jantan)  - for sale
  7. magic (betina) - for sale
 

kalau ada sesiapa yang berminat nak beli sugar glider boleh PM saya k :)

sugar glider homebreed
rm 300.00  seekor


ok semua...jumpa lagi babai ! :) assalamualaikum :)

Comments