Bercinta & Bernikah.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui...
 
Jika Anda Berani Mencintai
Anda Harus Berani Menikahi
Khususnya Kepada Kaum Lelaki
Jangan Hanya Pandai Menabur Janji
Di Sana dan Sini Banyak Terluka
Akhirnya Memupuk Rasa Sakit Hati
 
PERNIKAHAN. Pernikahan bukanlah upacara memakai gaun pengantin ala cinderella, apatah lagi rangkaian kenderaan tetamu jemputan yang mensesakkan jalan.

BERKAHWIN adalah satu sikap dan tindakan yang berani untuk memutuskan berlabuhnya cinta, ketika ribuan kapal pesiaran yang gemerlap memanggil-manggil..
 
BERKAHWIN adalah proses penggabungan dua orang berkepala batu dalam satu ruangan, dimana mereka akan diuji sejauh mana pembuktian cinta mereka yang sebenarnya.

Kerana MENIKAH adalah proses pengenalan diri sendiri mahupun pasangan kita. Tanpa mengenali diri sendiri, bagaimana kita boleh memahami orang lain? Tanpa boleh memerhatikan diri sendiri, bagaimana kita boleh memerhatikan pasangan hidup?

Kerana PERKAHWINAN sangat memerlukan keberanian tinggi, toleransi sedalam samudera, serta jiwa besar untuk menerima apa yang ada dan apa adanya.

Bukankah dengan menikah, mereka akan disejajarkan Rasulullah SAW dengan mujahid fii sabilillah yang dijanjikan akan mendapat pertolongannya!
Kerana kata Baginda, tiga golongan yang mendapat bantuan Allah adalah mereka yang menikah untuk memelihara kesucian diri, hamba yang hendak membayar kemerdekaan dirinya, dan orang-orang yang berperang di jalan Allah.
~ (HR Ahmad, Turmudzi, an-Nasai dan Ibnu Majah)

Comments

  1. sdg berusaha menjadi lelaki yg terbaek sbb nk jaga ank urg kan...

    ps:-bagus entry ni sigu neo!!!

    ReplyDelete
  2. ok cik neon..baik ngaku..bila nak nikah? atau da ade jodoh?? sila jujur..

    ReplyDelete

Post a Comment