Salam,
Semalam saya dapat panggilan dari seseorang. Katanya saya ni sombong, menyepi dan cuba menjauhi dia. Saya rasa tertampar dengan apa yang dikatakan pada saya tu, tapi saya sabar je...mungkin takkan ada yang fahami diri saya...dan saya, tak pernah kesah kalau takde orang faham. Sebab saya tak anggap semua tu penting lagi, kerana yang paling penting sekarang adalah bagaimana saya jaga hati dan perasaan saya sendiri. Cukuplah selama ni saya cuba melebih-lebihkan orang lain dari diri sendiri.
Menyepi bukan tanda benci. Saya menjauhi kerana...saya sedang cuba untuk menerima takdir yang tertulis dalam hidup saya. Maka saya rasakan diam itu lebih baik, kadang-kadang banyak bercakap pun tak guna. Sendiri lebih baik...Harapan dan kepercayaan saya pada orang sekitar saya mula pudar, bukan bermaksud saya tuding jari pada orang lain...cuma saya faham yang manusia ni sifatnya sentiasa berubah-ubah.
Fikirkanlah perasaan saya sebelum kamu bercakap dengan saya. Saya merancang yang terbaik untuk diri saya supaya saya rasa lebih gembira. Saya merancang yang terbaik untuk diri kamu juga supaya kamu turut rasa gembira. Kalaulah dengan cara ini buat kamu gembira, biarkanlah saya mencari kegembiraan saya dengan cara saya sendiri...Harapan ? Saya tak lagi mengharap pada sesiapa.
P/s : Tiba tiba rasa nak nyanyi lagu sedih...Takdir yang menentukan, pertemuan yang tak disangka, takdir juga yang menentukan perpisahan...
banyak kan sabar yer...
ReplyDeletebiasa la orang kan..nama pun manusia...
susah nak penuhi setiap permintaan orang...
tanx norma =)
ReplyDelete"kita asyik membicarakan... Persoalan hidup dan pilihan..."
ReplyDeletelayan lagu ni lg syok...
Yng terbaik untuk kita belum tentu yang terbaik untuk orang lain... yang terburuk untuk orang belum tentu yang terburuk untuk kita...
ReplyDelete