Wednesday, April 13, 2011

Gigi Geraham Bongsu.

Salam !

Grr...sakitnya gigi ! Pipi sebelah ni rasa macam membengkak jer. Betul ke gigi geraham bongsu aku ni nak tumbuh ? Ke sakit gusi or ulser jer nih ?

Argh...tension betul la. Rosak mood aku nak ngajar budak budak...kalau betul la sakit gigi ni sebab Gigi Geraham Bongsu tu, memang aku seriau la sebabnya...I HATE TO SEE DENTIST ! Inilah worst nightmare ever !
Menurut sumber yang dipercayai yang digodek dari google, Gigi geraham bongsu adalah gigi molar ketiga (terakhir). Gigi Geraham Bongsu biasanya keluar antara umur 18-25 tahun. Gigi geraham bongsu atas biasanya tidak banyak masalah, tetapi gigi geraham bongsu bawah biasanya tidak cukup tempat untuk keluar,iaitu terbenam atau keluar mencondong. 

baca lagi...


gaya kedudukan gigi geraham bongsu...

Petua Hilangkan Rasa Sakit Gigi
Sebelum kita jumpa doktor gigi, ape kata kita cuba petua ni untuk hilangkan rasa sakit gigi nih. Cara cara menghilangkan sakit gigi : Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.

Woah takutnya, nak cabut ker gigi geraham bongsu ni ? Tak sakit ke kalau cabot ? Kalau gigi susu cabut takpe, ini gigi geraham woo...! Menangis aku kat dentist nanti = (



Feeling Lucky?
 

Designed by Alieff Artwork