Reharsal Konvokesyen IPGM 2011 !

Salam yall !


Halaluyahh ! Pagi ni semua guru guru PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) akan ke PICC Putrajaya untuk mengahidiri reharsal istiadat konvokeysen IPGM pada tahun 2011 ! Ade tak dikalangan blogger yang akan pergi harini ?

Aku harap sesiapa yang rasa diri dia cikgu blogger yang akan berada kat sana nanti, boleh la kita bertegur sapa kat PICC Putajaya nanti yer !

Aku akan drive sendiri ke PICC nanti, walaupun aku benci jalan raya kat Putrajaya tu...aku terpaksa tabahkan diri untuk pergi ke sana. Urghh...agak agak map aka peta untuk ke PICC Putrajaya ni membantu tak ? Hahaha...

Peta aka. Map ke PICC Putrajaya International Convention Centre

Ohya, meh sini aku nak kongsi maklumat berkenaan Istiadat Konvokesyen untuk guru guru PISMP Ambilan Januari 2007 . Sila baca dengan tekun ya =) Penat aku copy paste dari Facebook tau ! Haha...

Location
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Presint 5, Putrajaya
Created By

More Info
Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru akan diadakan pada 15 hingga 18 Mac 2011 bersamaan 11hingga 13 Rabiulakhir 1432 Hijrah bertempat di Dewan Perdana, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pakaian Akademik
Anda diminta berpakaian kemas iaitu lounge suit atau pakaian kebangsaan dan berkasut kulit hitam bagi lelaki. Baju kurung atau kebaya atau pakaian lain yang sopan, tidak terlalu ketat dan haruslah labuh ke baw...ah paras lutut dan berkasut sarung (bukan tumit tinggi dan bukan selipar) bagi perempuan. Warna asas bagi keseluruhan jubah graduan adalah sama, iaitu warna Royal Blue atau biru tua Anda juga diminta mengenakan pakaian akademik iaitu jubah dan topi (mortar board).

Graduan yang tidak memakai pakaian akademik yang lengkap tidak dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen. Semua graduan tidak dibenarkan keluar dewan sehingga Istiadat Konvokesyen selesai.
Anda dikehendaki berpakaian formal (pakaian kerja) semasa hadir hari pendaftaran dan raptai. Pihak urusetia mungkin tidak akan membenarkan bakal graduan mendaftar sekiranya tidak mematuhi etika berpakaian seorang GURU.

Pengambilan Pakaian Akademik
Graduan Tarikh dan Masa Tempat
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2007 15 Mac 2011
8.30 pagi-10.30 pagi Kaunter Pendaftaran PICC, Putrajaya

Urusan pinjaman selepas dari tarikh dan waktu di atas tidak akan dipertimbangkan.

Bayaran Konvokesyen
Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak dua ratus ringgit (RM200.00). Pembayaran boleh dibuat terus di atas nama PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS masing-masing melalui cek/wang pos pada/ tidak lewat dari 5 Mac 2011.
Graduan yang tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen juga diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak satu ratus ringgit (RM100.00). Ijazah/Diploma dan Transkrip Akademik tidak akan diserahkan kepada mana-mana graduan yang tidak membuat bayaran tersebut.
Sila bawa bersama salinan slip bayaran/dokumen pengesahan bayaran dari IPG masing-masing sewaktu hendak mengambil pakaian akademik.

Taklimat dan Raptai
Semua Bakal Graduan diminta hadir ke taklimat raptai konvokesyen mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan
Graduan Tarikh dan Masa Tempat

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2007 15 Mac 2011
11.00 pagi Dewan Perdana
PICC, Putrajaya

Istiadat Pengurniaan Ijazah/Diploma dan pengesahan kehadiran
Senarai nama bakal graduan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), Program Kursus Perguruan Lepas Ijazah mengikut sesi . Sila klik
Tarikh, Sesi &, Program/Graduan dan IPG Jumlah
16 Mac 2011
Sesi 1: 8.30 pagi PISMP Ambilan Januari 2007
Penerima Anugerah Kecemerlangan 600
16 Mac 2011
Sesi 2: 2.30 petang PISMP Ambilan Januari 2007 690
17 Mac 2011
Sesi 3: 8.30 pagi PISMP Ambilan Januari 2007 695

Panduan Dan Tatacara Menerima Ijazah
Semua graduan dikehendaki berkumpul dan melaporkan diri lengkap dengan Pakaian Akademik di Lobi aras 1 PICC pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk perarakan masuk graduan ke dalam Dewan Perdana.
1. Semua bakal graduan dikehendaki duduk di kerusi yang bertanda (tagging) di Dewan Perdana mengikut nombor giliran masing-masing seperti yang tercatat dalam Buku konvokesyen.
2. Semua bakal graduan dikehendaki berdiri semasa istiadat pengumuman penganugerahan Ijazah Sarjana Muda/Diploma.
3. Semasa Istiadat pengurniaan/penyampaian, nama graduan akan diumumkan untuk menerima Ijazah Sarjana Muda/Diploma. Bakal graduan akan bergerak ke hadapan dewan mengikut barisan. Sila patuhi semua arahan pegawai bertugas semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung.
4.. Apabila nama graduan diumumkan;
• graduan diminta berjalan terus ke arah Canselor / Pro Canselor.
• tunduk sebagai tanda hormat (penanda ada disediakan di atas pentas).
• terima Ijazah Sarjana Muda/Diploma dengan kedua belah tangan.
• beri ucapan"Menjunjung Kasih Tuanku" kepada Tuanku Canselor dan "Terima kasih" kepada Pro Canselor.
• undur selangkah dan tundukkan kepala sebelum berjalan turun dari pentas dan kembali ke tempat duduk asal mengikut laluan yang ditetapkan
• bagi penerima Anugerah Kecemerlangan, selepas menerima Ijazah dikehendaki duduk di tempat duduk yang disediakan dan akan dimaklumkan kelak.
5. Panduan dan tatacara menerima ijazah akan dijelaskan dengan lebih lanjut semasa raptai
.
Jemputan Kepada Keluarga
Semua bakal graduan hanya diberi satu (1) Pas Masuk untuk 2 orang ahli keluarga sahaja. Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Pas masuk dan pelekat kenderaan akan diserahkan semasa anda mengambil pakaian akademik.
Ibu bapa atau ahli keluarga digalakkan memakai batik bagi lelaki dan pakaian formal bagi perempuan. Pemakaian jean tidak dibenarkan sama sekali.
Ibu bapa atau ahli keluarga yang tidak dapat memasuki Dewan Perdana semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung dijemput ke Dewan untuk menonton siaran langsung upacara Istiadat Konvokesyen melalui paparan di skrin

Gambar Konvokesyen
Gambar-gambar graduan semasa menerima ijazah akan diuruskan oleh Syarikat Fotografi yang dilantik oleh IPGM. Syarikat ini akan berurusan terus dengan graduan selepas majlis konvokesyen. Graduan dan ahli keluarga tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan semasa istiadat berlangsung.
Pemulangan Pakaian Akademik


Anda hendaklah memulangkan pakaian akademik selewat-lewatnya pada pukul 5.00 petang pada hari yang sama selepas Istiadat Konvokesyen bagi graduan sesi pagi, dan selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengahari hari berikutnya bagi graduan sesi petang di kaunter pendaftaran pengambilan pakaian akademik.
Pengambilan Transkrip Dan Ijazah/Diploma
Bagi Transkrip Akademik, graduan boleh menuntut pada bila-bila masa iaitu setelah dua (2) minggu graduan disahkan tamat pengajian oleh Senat dengan membuat permohonan secara bertulis ke IPG Kampus masing-masing.


Transkrip Akademik dan Ijazah juga boleh diambil selepas selesai semua urusan pemulangan pakaian akademik. Para graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil ijazah dan transkrip bolehlah mewakilkan orang lain untuk mengambilnya atau ijazah dan transkrip tersebut dipos oleh IPG Kampus dengan menggunakan borang Kebenaran mengambil ijazah/diploma dan transkrip (Lampiran 3) dan dilampirkan salinan slip bayaran yuran konvokesyen.


Graduan yang tidak memulangkan pakaian akademik dengan lengkap tidak dibenarkan mengambil transkrip dan ijazah/diploma. Graduan yang masih berhutang dengan IPG Kampus juga tidak dibenar mengambil transkrip akademik dan ijazah/diploma masing-masing.


Transkrip akademik dan ijazah/diploma hanya dikeluarkan satu (1) kali sahaja. Pihak IPG tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan / kehilangan dan sebagainya ke atas ijazah/diploma dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut, dituntut melalui pos dan dituntut melalui wakil yang mengambilnya.


Comments

Post a Comment