Wednesday, March 30, 2011

Cara Mengurangkan Jerawat !!

Lisa Surihani tanpa make up ! Takde jerawat pun ! Haha...

 Mampu ke ubat gigi mengurangkan bengkak jerawat ?
 Tepek ubat gigi pada jerawat ! baca lagi....


Oh yeah ! Korang pernah tak gunakan ubat gigi untuk mengurangkan bengkak jerawat korang ? Rarr ! Aku pernah kot, boleh tahan la jugak kesannya. Sekurang-kurangnya jerawat tu kecut sikit sikit.Tension woo tengok jerawat menonjol macam lampu mentol ;) 

Kenapa pakai ubat gigi, krim jerawat kan ada ? Hahhaa...ni untuk sesiapa yang takde duit nak beli krim jerawatlah ! Pun begitu, ada cara-cara yang betul untuk gunakan tips ni. So ikutilah langkah langkah yang betul ;)

Cara Untuk Mengurangkan Jerawat Guna Ubat Gigi :
  • Cuci muka korang dengan pencuci muka guna air yang bersih.
  • Lap muka korang. Dan tepekkan ubat gigi tu. Pastikan ubat gigi berbentuk paste bukan gel tau.
  • Biar selama 30-60 minit bergantung pada jenis kulit. Kalau rasa burn, stop pakai dan cuci muka. Jangan pakai lama lama sangat boleh burn kulit nanti.
  • Cuci muke korang dengan air suam. Pastikan takde ubat gigi lagi yang tercalit pada wajah korang.
  • Keringkan muka dengan menepuk nepuk muka dengan kain lap yang bersih. Dinasihatkan jangan ramas muka dan gonyoh gonyoh muka anda secara ganas.
  • Sapukan pelembap pada muke korang dengan cara sapuan melingkar atau dari kiri ke kanan. Lepas tu tido sekurang kurangnya 7-8 jam.

* Dengan cara ini, jerawat akan berkurangan je tau, bukan terus lenyap! So pepandailah gunakan ubat gigi dengan sewajarnya ;)  -Sumber -



 

Designed by Alieff Artwork