Tidakkah terdetik keinsafan dalam diri kita setelah musibah demi musibah berlaku di dunia kita ini? Tidak cukup jelas kah bagi kita bahawa petanda-petanda kecil ini bertujuan untuk memperingatkan kita atas kekuasaan, dan kehebatan Allah s.w.t ?
Allah berfirman yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia; Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka kembali insaf dan bertaubat." (Surah ar-Rum ayat 41). Sumber 1
Semua bala dan ujian yang Allah turunkan kepada manusia adalah sebagai dalil bahawa Allah benar-benar berkuasa ke atas makhluknya. Allah juga menurunkan bala supaya manusia berfikir bahawa di alam ini ada kuasa ghaib yang mentadbir, mengurus dan menyelaras keseluruhan proses kejadian alam. Allah menimpakan pada manusia bala dan ujian untuk manusia menyedari bahawa gunung-ganang, teknologi canggih, perkembangan sains, persenjataan hebat, negara bertamadun, pemimpin yang punya kuasa politik besar dan rakyat yang hidup mewah, semuanya akan musnah apabila berhadapan dengan bala dan ujian Allah SWT. Sumber 2
Firman Allah yang bermaksud, “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.” (As-Syura: 30) Sumber 3
Video ribut taufan @ puting beliung di Bazaar ramadhan, Jasen.
Bala dan musibah yang diturunkan oleh Allah s.w.t adalah untuk kita beringat, menginsafi diri, dan bertaubat..
Keadaan bazaar ramadhan di Jasen, kedai-kedai yang runtuh..
Semoga kita menginsafi diri...
Masih leka kah kita untuk meninggalkan solat, dan mengabaikan solat terawih di bulan pengampunan dosa ini ? Cukupkah amalan kita, untuk menghadap ilahi...dan mampukan kita merentasi titian sirat di akhirat nanti...Ya Allah, ampunilah kami, dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibu bapa kami, dosa-dosa ahli keluarga kami, dosa-dosa kami turun temurun...sesungguhnya Kau lah maha penyayang, maha pengampun..
Ngeri yang amat~
ReplyDeletedan akibat ribut ni melalui kem aku, habis musnah~
:(