Saturday, May 08, 2010

Panduan Isi Borang Posting : Tolong ! Tolong ! Tolong ! Please Tolong Aku !!!!

Ape bodoh sangat lah borang posting ni bagi aku satu pilihan negeri je. Macamana aku nak pilih, negeri mana aku nak pilih ? Ada negeri bawah tanah tak ? 


Borang posting dah sampai dekat tangan aku. Tinggal aku nak isi je ni. Tapi aku buntu, keliru dengan hasrat hati aku. Aku mahukan cabaran kali ni dan aku tak nak lagi berada kat KL kalau boleh...Sebab aku dah bosan dengan KL !

Sekurang-kurangnya, aku nak berdiri atas kaki sendiri, aku nak belajar berdikari. Aku bukannya tak nak duduk satu bumbung dengan family, tapi cukup lah tu...aku nak cuba belajar erti susah hidup sendiri...

Orang kata kalau pergi Sabah Sarawak waktu tengah muda-mudi ni lagi bagus.Tapi mampu ke aku esok lusa merengek kang sape nak jawab ? Buaya kat tepi paya ke yang teman aku merengek sok ?

So, korang tolonglah aku. Boleh tak bagitahu aku kat mana negeri yang ada Sekolah Pendidikan Khas yang cool...?


 

Designed by Alieff Artwork