Wednesday, December 02, 2009

Isteri Nombor Dua, Rela?


"Perkahwinan kita akan berlangsung tak lama lagi sayang. Bersedialah." Hati aku dah berbunga.

Satu minggu sebelum nak kahwin, aku dapat berita yang Ery sebenarnya laki orang. Hancur lebur hati aku. Harapan yang menggunung kini jadi butiran pasir di gunung sahara.

Aku beranikan diri untuk telefon Makcik Zaini , emak dia. Emak dia cakap, memang Ery dah berkahwin dan ada anak dua orang. Tapi mak dia tak sukakan bini dia. Mak dia merayu dan berharap sangat aku jadi bini Ery nombor dua.

Dush! Aku nangis lagi...

Aku beranikan diri call Ery semula. Aku tanya dia betul-betul samaada dia dah berkahwin atau tak. Ery mengaku kesalahan dia yang dia dah tipu aku selama ini. Ery ada bini cantik dan dua orang anak comel lotey, tapi dia berharap aku terima dia dan keluarga dia kerana Ery tak sanggup kehilangan aku setelah bercinta 6 tahun lamanye.

Dush aku terkesima! Aku nangis lagi...

Petang tu aku sempat jalan-jalan dekat shopping mall dan ternampak bini Ery dan anak-anak dia seronok bermain bersama mak nye. Aku tumpang simpati dan sangat cemburu. Terdetik di hati, samaada nak teruskan perkahwinan ini atau tak. Jika aku teruskan, pasti hati wanita itu hancur. Jika aku batalkan niat, macamana pulak dengan perasaan cinta hebat aku terhadap Ery?

Dush! Aku nangis lagi...

Tiba-tiba aku dengar bunyi bising luar shopping mall, "Ena, mak suruh ko sidai baju!!!"

"Fuhh...nasib baik.."





 

Designed by Alieff Artwork