Aku Nak Kahwin Tapi... [Kahwin Jgn Tak Kahwin]

Nak kahwin?Bila?Dah rancang? Atau...masih belum terbuka hati nak kahwin.Atau..."Haish tak mau kahwin la..nak hidup sorang2".Jangan mengarut, Rasullullah tak mengaku umat kalau korang tak kahwin.
Early marriage: Alfie, Chantelle and baby Maisie

Pendapat aku, dunia sekarang dah maju. Kalau dulu rank age orang yang berkahwin dalam umur 27 - 30.Kenapa orang dulu kahwin lambat? Orang dulu2 kena kumpul duit,cari harta sendiri,cari tempat tinggal sendiri...

Tapi dunia sekarang dah berubah. Sekarang rank age orang yang berkahwin dalam umur 16 - 22. Dah berbalik pada trend zaman nenek moyang kita dulu, perasan tak? Kadang - kadang ada yang baru 18 tahun dah ada 2 orang anak. Kenapa orang sekarang kahwin awal?Sebab maksiat berlaku berleluasa, tak tahan nafsu nafsi, tak perlu cari duit sebab boleh pinjam di bank, mak bapak sponsor, dah kahwin duduk serumah dengan mertua, jimat...

Melihat gelagat rakan yang baru berkahwin, aku berpendapat bahawa kahwin di usia muda bukan satu perkara mudah. Sebab... :

  • Pasangan muda bergaduh , senang ucap CERAI!
  • Pasangan muda selisih faham je, naik tangan, naik periuk kat muka!
  • Kewangan masih belum stabil, duit takde, tak mampu bagi anak bini makan!
  • Duduk serumah dengan mertua sampai 3-4 tahun!
  • Berjiwa muda, masih mahu keluar malam bersama rakan2!
  • Masih melayan SMS dari ex-boy atau ex-girl bila tak bersama suami/isteri!

Ikuti kisah Mr. X disini.. (Kisah benar)

Alkisah..Mr.X ni baru berkahwin dan berumur 24 tahun. Isterinya pula berumur 23 tahun.Mr.X bekerja di Ipoh, manakala isterinya pula bekerja di Negeri Sembilan. Mr. X jarang balik ke rumah untuk membantai Over Time. Si isteri pasrah, dan sabar menunggu kepulangan Mr. X di hujung minggu.

Tapi..Mr.X..malam2 keluar dengan ex-girlfren di Ipoh.
Tapi..Mr.X..masih pergi ke kelab malam melayan arak.
Tapi..Mr.X..masih masuk ke kelab urut badan diurut oleh awek cun.
Tapi..Mr.X..membelajakan duit dengan membeli eksesori kereta.
Bila kawan2 menegur Mr.X..dia kata mind your own bussiness!

Ikuti kisah Mrs. Xoxo disini..(Kisah benar)

Sebenarnya Xoxo dah terlanjur dengan laki Xoxo masa umur 18 tahun. Dah 4 tahun dah kahwin dan anak ketiga masih lagi baby. Dulu masa muda2 seronok la, semua nak buat same2. Masa kami buat "tuut",kami tak fikir masa depan. Bila dah mengandung tak rasa kesal sebab memang sayang dekat abang. Tapi sekarang abang dah lain. Xoxo tak kesahla kalau bercerai pun. Malas nak pk lagi. Lagipun Xoxo dah ada hati dengan orang lain. Banyak lagi orang nak dekat Xoxo.

Ini kisah benar, sebenar-benarnya berlaku dikalangan rakan2 aku sendiri. Baik lelaki dan perempuan, semua sama saja. Nasihat aku, kalau belum ready nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri, lebih baik jangan dulu. Perbaiki diri dulu, sedia mana yang patut, baru kahwin okay.

p/s : tajuk memang tak boleh blah. sengal. sangap.

Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.