Salam takziah.
Mari kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Zaza yang sudah dijemput Ilahi pada 11 Ogos, 2010.
Semoga Allah kuatkan semangat dan keimanan keluarga arwah..
Semoga Allah permudahkan kelancaran pengurusan jenazah arwah...
Semoga segala amalan arwah semasa hidup, diterima Allah...
Ya Allah kau ampunilah segala dosa-dosanya ketika arwah masih hidup, kau tempatkanlah arwah dalam kalangan ahli syurga mu Ya Allah.
Dua tiga hari sejak bulan ramadhan bermula ni, aku masih teringat arwah abang syam blogger unrestmind yang dah pergi tinggalkan kita 4 Mei 2010 yang lalu. Aku jenguk juga blog arwah semalam , entah kenapa rindu.
Pagi ni pula aku dikejutkan berita kematian seorang lagi blogger yang aku anggap dah jadi keluarga dalam dunia blogging ni...jadi walaupun tak berapa nak kenal, aku tetap rasa sedih. Terima kasih zack sebab sebarkan berita ini. Sekurang-kurangnya kita boleh sedekah kan doa untuk arwah. Itu yang termampu kita buat.
zazatheblogger.blogspot.com Jika kau semua pernah menjenguk blog ini, arwah sudah pun meninggal dunia akibat kemalangan maut di Rantau Panjang.
REMUK...anggota polis memeriksa kereta dinaiki Siti Nor Izzah.
PASIR MAS: Seorang gadis yang menghidap penyakit tulang reput terbunuh selepas dihempap kereta dinaikinya bertembung dua kenderaan lain dalam kemalangan di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang, petang kelmarin.
Kejadian jam 4 petang itu berlaku ketika mangsa, Siti Nor Izzah Shahdan, 21, bersama adiknya, Amar Zahid, 18, dalam perjalanan membeli-belah di pekan Rantau Panjang selepas menziarahi datuk mereka yang menghidap barah tulang di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) di Kota Bharu.
Ketika dalam perjalanan ke pekan terbabit, Perodua Kelisa dinaiki mangsa bersama dua lagi rakan terbabas sebelum bertembung dengan dua kenderaan masing-masing Proton Saga dan Hyundai Atoz, menyebabkan mangsa tercampak keluar menerusi tingkap kenderaannya.
Kemalangan itu mengakibatkan Siti Nor Izzah cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dihempap kereta dipandu adiknya yang juga penuntut Kolej Teknologi Darulnaim, Pengkalan Chepa.
Ibu mangsa, Asmah Omar, 47, yang juga seorang guru di Perlis berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya selepas dihubungi guru lain yang kebetulan berada di tempat kejadian kira-kira jam 4 petang.
Katanya, ketika kejadian anaknya dalam perjalanan ke Rantau Panjang membeli barang selepas beberapa hari berada di Kota Bharu kerana membawa datuknya menjalani pembedahan di HRPZ II.

“Sebelum keluar ke pekan Rantau Panjang, arwah meminta wang daripada saya membeli barang, tapi saya tidak memberikannya kerana bimbang mereka berbelanja lebih.
“Saya tak bimbang kerana sebelum ini adiknya biasa memandu kereta dan saya difahamkan suami, dia sentiasa memandu secara berhemah,” katanya yang bercuti beberapa hari di negeri ini bagi menemani ayahnya yang sakit di Kota Bharu.

Katanya, meskipun sukar menerima Siti Nor Izzah maut dalam kemalangan itu, mereka sekeluarga reda pemergiannya.
Asmah berkata, dia bersama ahli keluarga ke Hospital Pasir Mas (HPM) sebelum membawa pulang jenazah ke kampungnya di Perlis untuk urusan pengebumian.
Katanya, sebelum ini dia sentiasa ke Kota Bharu kerana membawa Allahyarham menerima rawatan susulan daripada doktor pakar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, turut berada dalam kenderaan dinaiki mangsa ialah dua rakan adiknya, Abd Rahman Mohd Nor, 21, dan Mohd Taufik Montasir, 18.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian kereta dipandu adik mangsa dipercayai cuba memotong kereta lain sebelum terbabas merempuh Proton Saga yang datang dari arah bertentangan dan bertembung dengan Hyundai Atoz dipandu seorang wanita.
“Akibat pertembungan itu, mangsa dipercayai tercampak keluar sebelum dihempap keretanya sendiri yang dikatakan terbalik.
“Mangsa yang menghidap tulang reput sejak kecil dan berjalan menggunakan tongkat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya.
Haliludin berkata, adik mangsa dan dua rakannya yang cedera ringan dikejarkan ke HPM untuk mendapatkan rawatan.
“Mayat mangsa dihantar ke HPM untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya yang tinggal di Perlis untuk urusan pengebumian,” katanya. Katanya, polis juga mengambil keterangan daripada dua lagi pemandu kenderaan terbabit. - Sumber dari Mymetro

- Bacaan Surah Alfatihah serta maksudnya :
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku.."
al-fatihah
ReplyDeletei baru tau jugak
dlu die slalu masuk blog i =(
al fatihah....
ReplyDeleteal - fatihah , semoga roh beliau di cucuri ramhamt :(
ReplyDeleteko slh tules. bkn 2008. tp, 2010.
ReplyDeletealfatihah.
*rahmat
ReplyDeletesalam takziah...moga roh beliau dicucuri rahmat...
ReplyDeletealfatihah~ ;(
ReplyDeleteya Allah,farysa baru twu
ReplyDeletesedihnye
salam..
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat..
al fatihah untuk arwah..
ReplyDelete