Pages

Tuesday, March 01, 2016

Cara Menahan Marah (>_<)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Hmmm saya tengah marah ni. Orang kata kalau marah kita kena diam. So...biarlah gambar je berbicara ye.. >_<

Haa tengok ni..bila nak marah dari berdiri, kena duduk..kalau tak tahan marah lagi kena baring..tapi masalahnye kalau kita tengah marah dan benda tu masih belaku walaupun kita sedang berdiri, duduk atau baring ? Acane tu...huuu...

Image result for menahan amarah islam


Bila rasa marah, mulalah kita nak tegakkan hujah hujah kita yang ke laut tu kan...padahal bila bercakap waktu marah berapa percent je la yang keluar dr mulut kita tu perkara yang betul? Bila da terlepas cakap mula nak menyesal...sobs !

Suka dengan ayat kat atas tu...kelak kau akan mengerti , bahawa menahan diri dari buat orang tersinggung kerana lisan kita, adalah lebih mulia daripada mengutarakan isi hati...so maknanya kat sini...kalau omputeh cakap "say whatever you want, while you can..if not you will live with regret"...nampaknya kata tu takleh pakai..sebab belum tentu apa yang kita cakap tu..orang suka...padahal apa yg kita cakap tu banyak melukakan dari menggembirakan orang...jadi..banyaknya apa yang dalam hati tu..pendam lah...kalau boleh ceritalah semua kat Allah...atau kat kucing...itupun kalau dia paham.. >_<





Nak tips jadi kuat ? Cuba amik ujian tahan marah...tengok lepas tak...:P

Jom Amalkan doa bawah ni...:)


#kenapa saya marah ? sebab ada orang mencetuskan kemarahan saya...mengganggu privacy saya.. mengganggu hidup saya :( 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته May the Peace, Mercy, and Blessings of Allah be Upon You في أمان الله May Allah Protect You
 

Designed by Alieff Artwork