Pages

Wednesday, June 29, 2016

Ciri-Ciri Cikgu Sejati @ Cikgu Yang Hebat !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Alhamdulillah syukur. Aku bersyukur sangat aku ditakdirkan menjadi seorang guru. Bukan guru biasa biasa, tapi guru pendidikan Khas. Guru yang mengajar kanak-kanak istimewa, kanak-kanak OKU, yang paling best aku mengajar anak-anak yang merupakan ahli-ahli syurga. 

Aku tak taulah kalau cikgu lain perasaannye macam mana kan. Tapi once kau bergelar GURU, ko kene ada ciri-ciri yang aku sebutkan kat bawah nie...

Ciri-ciri sorang cikgu sejati @ cikgu yang hebat :
  • Ko sayangkan murid ko mcm kau mak bapak dia, macam dia anak or darah daging ko sendiri..
  • Ko ajar dan pastikan murid ko faham ilmu yg ko sampaikan, boleh guna ilmu tu dalam kehidupan seharian, dan gunakan ilmu tu untuk jadi manusia berguna..
  • Ko ajar murid tu, ko pastikan dia dapat ilmu tu, ko pastikan prestasi dia meningkat dari E ke A..tak kesah la dlm bidang akademik atau bukan akademik 
  • Ko akan pastikan murid yg dtg sekolah tu sekurang-kurangnye belajar something dari kau walaupun dia datang seminggu sekali ke, sejam dua ke..
  • Ko sanggup bersusah susah demi murid ko, rancang lesson plan yang menarik, buat aktiviti menarik, buat budak2 rasa happy dan suka datang sekolah..
  • Ko ada rasa tanggungjawab kat murid, ko rasa tak bleh biarkan diorang halai balai je, sebab ko sayangkan dorg macam anak ko, ko take care keselamatan dorang mcm ko take care diri sendiri..
  • Segala apa yg ko buat bukan untuk nama,pangkat,dan polulariti...ko lakukan semua tu dengan niat Lillahitaala, dan demi kebaikan murid-murid ko..
  • Ko akan lebihkan dan dahulukan murid-murid lebih daripada diri ko sendiri...sebab ko tau ko dah lalui zaman kanak-kanak, ko tau apa yang budak sebenarnye nak, or mcm mana budak suka..Ko takkan bersikap selfish, macam ko pulak yg budak-budak yang perlu di tatang bagai minyak yang penuh..
  • Ko ikhlaskan hati ko, duit, tenaga, masa untuk kemajuan dan kesejahteraan murid-murid ko, macam biasa, ko tau segala apa yang ko beli or korbankan...duit tu takkan boleh claim...so ko redha je dengan rezeki dan gaji ko ada...ko berkongsi dengan anak murid ko..
  • Ko rotan, denda dan marah murid ko...dengan niat nak jadikan dia manusia, dengan niat ko nak bantu dia jd manusia baik, dengan niat yg baik..dan tak mencederakan...ko pukul kerana kau sayang, ko marah kerana kau sayang, dan nak bentuk dia jd manusia berguna..


Dan kalau kau takde ciri-ciri ni, aku rasa...ko dah salah pilih jalan...mungkin takdir Allah kau diberi kesempatan jadi cikgu, tapi kalau ko tak sesuai jadi cikgu...so you better quit je la...(korang bley la tambah sendiri ciri-ciri ni kot aku terlepas pandang)

Aku tak tau macam mana ko nak jadi cikgu kalau kerja ko berkira, duit , masa, tenaga kau berkira, datang sekolah kau lambat balik nak cepat je, ko main henset dari pagi sampai balik, kau tido dalam kelas, ko tak mengajar, ko biarkan budak datang sekolah dengan ilmu yang zero...dan balik pon dalam keadaan ilmu yang zero...kau pukul budak, kau buli budak, tanpa sebab-sebab tertentu...bila orang buat program untuk kemajuan murid...kau menemplak, kau tak suka kerja lebih masa...kau rasa terbeban...

Dah macam mana nak cakap ko ni...kenapa la hai kau jadi cikgu der...

Actually, bagi aku...sebagai cikgu...dokumentasi / pbs /  filing / e-rpi / data itu ini / tu tak penting..benda-benda tu kene buat sebagai rekod atau bukti je..penting untuk keadaan tertentu, penting utk kepentingan organisasi tertentu...kalau ko rasa sebagai cikgu ko lagi hebat buat dokumentasi / pbs /  filing / e-rpi / data itu ini / dan bla bla bla tapi ko takde ciri-ciri cikgu sejati , tak guna jugak kan...better ko keje office jaa...sebab apa yang penting sebenarnye pembelajaran untuk murid...itu lebih penting.

Aku menulis benda ni, sebagai peringatan utk diri aku dan utk semua cikgu cikgu kat luar sana. Aku pon bermula dari zero...dan pengalaman mematangkan aku...aku juga tak sempurna...banyak melakukan kesilapan, dan lalai. 

Tapi tau tak apa yang membuat kita lebih baik ? Sahabat. Ko pilih sahabat yang baik...baik lah ko. Ko pilih sahabat yang mereng...merenglah ko. Jangan malu dan segan untuk bertanya, jangan malu untuk mengakui kesilapan...akui kelemahan, dan perbaiki kekurangan diri tu...

Dan bagi aku, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Aku suka perhati gelagat orang...mana yang baik, aku tiru...dan aku muhasabah balik diri aku yang serba kekurangan ni, dan cuba buang sifat-sifat negatif dalam diri...

Ok tu je. Sebelum blah, ni gambar aku dengan anak anak murid sam yoke...hehe kenangan tinggal kenangan :)





Kita tak perfect kan, jom perbaiki diri !
Ok bye !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته May the Peace, Mercy, and Blessings of Allah be Upon You في أمان الله May Allah Protect You
 

Designed by Alieff Artwork