Saturday, April 23, 2016

Manusia Selfish

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Manusia ni banyak ragam.

Izinkan saya share sikit tentang perangai manusia yang sy kenal ni. Sepanjang umur saya, si polan antara orang yang sy menyesal kenal dalam hidup. Saya harap saya takkan jumpa lagi manusia camni dlm hidup sampai bila-bila. 

Si polan ni psiko (*orang utara), mungkin dia akan baca entry ni, sebab bg dia hacked privacy orang simple je. Saya nak jelaskan kat sini..wahai si polan, belajar lah untuk hormat perasaan, dan privacy orang. Especially bila melibatkan keluarga dan perasaan org. Tolong jgn selfish, tanpa ambil tahu perasaan orang lain atau consequences tindakan yang dibuat.

Siapa saya, dari mana saya dtg, semuanya ttg diri saya, ko tak berhak nak judge, ko tak berhak nak suka suki hacked. Ko tak berhak nak simply enter my life and say you know this, you know that. Dan, jangan ingat dengan ayat manis dan islamik ko, dan harta ko buat orang buta.. 

Sorry to say, pada mula saya tak benci si polan ni sampai tahap gini, tapi sebab tindakan bodoh tanpa fikir akibat, memang kebencian dah sampai tahap dewa. Sebut nama je, kompom tersebut benda lain kat mulut. Dah sampai tahap gitu. 

Sedihnya saya, bila datang manusia dalam hidup, hanya menambah luka. Sedangkan pada mula kenal saya sendiri pesan, yg saya hadir taknak melukakan hati sapa sapa. Lagi sedih, kenapa kita je selalu fikir nak jaga hati dan perasaan orang, sedangkan orang lain ? Hanya fikirkan perasaan sendiri..

Consequences. Bila melibatkan hidup dan perasaan saya, yang akan tanggung saya. Bukan ko ye si polan. Ko takde kaitan dalam hidup aku, tapi hadirnya ko membusukkan, berak lepas tu blah. Flush pun tak. Lepas tu, saya yang kene tanggung. Cukuplah saya cakap apa yang saya tanggung, adalah maha berat. Tapi takpe, hidup ni penuh cabaran, dugaan, malah saya dah terbiasa dengan kesakitan sampai dah tak rasa apa apa. Alhamdulillah, dalam keadaan down, masih ada yang setia menemani dan memahami. 

Terpanggil untuk menulis kat sini, sebab saya taknak orang lain kena benda yang sama. Saya tak nak si polan ni buat lagi pada orang lain. Mungkin dengan orang lain, orang boleh terima dan tak mendatangkan musibah besar. Tapi bg saya, perkara ni memakan sebahagian besar hati saya. Kepada si polan, saya maafkan awak, dan jangan muncul lagi walaupun kelibat dan jangan buat benda yang sama pada orang lain. 

Apa yang penting ? Jaga dan pelihara lah hati sendiri. Dah banyak kali kena kan ? Jaga, simpan hati baik-baik untuk orang yang baik-baik sahaja :) Dan siapa pun baca entry ni, yang mengenali saya, saya harap maafkan saya kalau saya ada buat salah dengan awak awak. Tapi Alhamdulillah, sikit pun saya tak kacau orang, saya tak sakiti orang, sebab saya tak nak orang buat benda yang sama pada saya. 

So gais, garls, 

Pengalaman hidup mematangkan kita ye. Move on, jgn nampak seseorang tu mcm shy shy, tapi hakikatnya shytonnirojim perangai...

Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Ambil pengajaran dari apa yang saya sampaikan, bukan ambil yang negatif. 
Move on, grow up !

#tearin up my heart #Nsync


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته May the Peace, Mercy, and Blessings of Allah be Upon You في أمان الله May Allah Protect You
 

Designed by Alieff Artwork