Thursday, July 16, 2015

Program Keselamatan Jalan Raya & Basikal Tandem : Cabaran Naik Basikal 2 Penunggang !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Kita belajar dari pengalaman. Sikit-sikit boleh lah jadi biasa dengan projek by projek. Kali ini saya usahakan Program Keselamatan Jalan Raya sambil menunggang basikal. Macam best je kan...pening jugak nak jalankan projek ni...antara masalah yang saya hadapi...

  • cikgu dan murid takut dan tak biasa nak tunggang basikal
  • cikgu penat, cikgu tak ramai , murid pulak ramai
  • waktu nak main tu kena awal pagi kalau tak ganggu waktu belajar
  • kalau nak main basikal kat luar sekolah, bahaya
  • dan macam macam lagi...
Walaupun banyak cabaran .. projek tetap berjalan macam yang dirancangkan...lepas je projek ni dilancarkan, tak sangka banyak luar yang berminat nak tengok projek ni...tak sangak...walaupun saya bangga tapi, saya letih jugak sebab setiap kali ada pelawat datang sekolah, they want to see we play our tandem bike :) Ada ketika tu, sampai media pun datang nak tgk kami naik basikal ni...dengan interview sana sini, letihnya nak layan tetamu kan ! tapi kita menurut arahannnn...

Kekuatan program ni ialah,
  • kitorang buat sebulan sekali je..hari selasa
  • basikal tandem dan semua peralatan basikal tu, saya mohon Pihak Buddy sponsor :) 
  • barang papan tanda keselamatan jalan raya tu saya mohon Pihak sekolah Sponsor :) 
  • yang penting murid-murid happy
  • murid-murid dapat membuang perasaan takut naik basikal
  • dpt  bantu diorang untuk mengurangkan masalah ketidaupayaan fizikal, meningkatkan keupayaan motor halus dan motor kasar
  • disamping dpt bersosial dengan rakan-rakan sebaya
  • program basikal jugak makes our body to keep fit ok !
Apa yang saya usahakan, saya harap dapat bagi kebaikan pada murid...tapi sayangnya, masih ada juga yang bersikap negatif setiap kali cikgu usaha membuat sesuatu demi kebaikan anak murid...sayang kan !

Contoh macam...
  • Takutla..kalau apa apa jadi kang salah urat kang
  • Tak boleh naik basikal ni nanti anak saya penat, dia nak belajar
  • Saya tak reti la penat la naik basikal
Benda benda camni, lama lama saya pun dah hadam dah. Kadang kadang kita faham, tak ramai yang suka dengan apa yang kita buat, tak semua setuju dengan apa yang kita rancang. Tapi itulah asam garam kehidupan...senang cerita, sukahati ekaulah jang...

:)

Yang penting, apa yang buat budak happy...akan turut buat saya happy...hehehe...Ok ! Kita layan sedikit gambar kami naik basikal ok !















Yang terbaru ni, kami menjemput Puan Mahani dari JPWP Ketua Sektor Pend. Swasta dan Pend Khas untuk rasmikan projek kitar semula basikal untuk dijadikan basikal tandem :)









Ini lah manusia yang sangat sangat membantu saya untuk menjayakan program ni. Aku sayang korang semua...tqsm guys !! :) Muahhsssxxx together we are strong !







السلام عليكم ورحمة الله وبركاته May the Peace, Mercy, and Blessings of Allah be Upon You في أمان الله May Allah Protect You
 

Designed by Alieff Artwork