Pages

Saturday, February 21, 2015

Ziarah Padang Arafah & Jabal Rahmah.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Kadang-kadang teringat masa ziarah mekah dulu. Seronoknya hati, tambah pulak anak buah saya si kembar tu ikut sekali. Lagi lah best. Hari ini nak recall sedikit cerita masa melawat padang arafah. (kalau time haji, syarat wajib haji mesti bermalam di padang arafah...)

Hikmah wukuf di padang arafah dalam keadaan hangat dan panas terik pada 9 Zulhijjah umpama peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia ,tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.

Cuaca masa tu sangat sesuai. Panas sangat pun tidak, sejuk sangat pun tidak. Boleh kata masa saya pergi ziarah tu, cuaca macam kat KL ja. Alhamdulillah. 

Sebelum sampai kat padang arafah tu, saya jeling tepi bas. Pastu saya tanya mak. 

saya : " asal ade banyak canopy bawah jalan ni mak ? banyak nya...sape yang duduk situ ? takde orang pun ? " 

mak : " Musim haji, semua orang akan berada dekat sini, untuk pergi melontar kat jamratul aqabah...ramai tau nanti sesak " 

saya : Oooh... yeke...(dalam otak aku terbayang betapa sesak nye jemaah haji yang nak pergi melontar kat sini ye...bila lah sampai waktu aku ? moga-moga aku dapat tunaikan haji di usia yang berkat)



Masa sampai kat padang arafah, banyak bas persiaran tersusun kat keliling bukit arafah. Bila bas kami dah park, saya sampai keliru bas saya yang mana satu. Bukit arafah tu takde lah tinggi mana, tapi sempatlah saya panjat bukit tu, sempat lagi beli baju tshirt gambar mekah kat atas bukit tu, 10 rial je. 

aku ni, bas persiaran pun aku nak amik gambo. 


Ha...nampak gambar kat bawah ni...ada batu besar hitam putih ? Itulah dia jabal rahmah. Kat situ ramai orang duduk berdoa. Time ni aku fikir, ehhh nak doa jodoh je ke ? So saya pun berdoa je semua sekali...actually walau kat mana pun kita berada as long as kat tanah suci, doa je banyak banyak.  InsyaAllah..doa kat tanah suci ni, Allah perkenankan. 

Kisah di sebalik batu Jabal Rahmah...


Nabi Adam dan Siti Hawa diusir dari syurga ke dunia ini. Mereka terpisah selama 300 tahun, kemudian Allah mempertemukan keduanya di tempat yang sekarang disebut Jabal Rahmah di tengah Padang Arafah di Mekah Al Mukarramah.


welfie kat jabal rahmah

selfie kat jabal rahmah


pelbagai contengan doa kat batu ni, diorang ni vandalisme...
tak payah la conteng conteng...ishh...

Turun je dari bukit arafah, saya dengan adik saya ternampak van ais krim ! Wallaaa ! Ape lagi, ais krim strawberry satu !! Dengan keropok bentuk segi tiga tu (popular la keropok ni kat mekah). Slurp slurp makan ais krim dulu. Lepas makan ais krim, kitorang pun melulu la cari bas. 



Time tu penat keliling padang arafah tu sebab cari bas. Keliru bas kitorang yang mana satu hahaha. Lepas berpeluh peluh 10 minit cari bas, baru jumpa...semua orang dah tunggu hahaha.... :) 

Ok sampai situ je nak share !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته May the Peace, Mercy, and Blessings of Allah be Upon You في أمان الله May Allah Protect You



 

Designed by Alieff Artwork