Pages

Sunday, February 22, 2015

Low Carb Meal : Cara Buat Roasted Chicken Nandos & Salad !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful


Ape ye menu low carb hari ni ? Oh yeah, semestinya yang sedap sedap dan mengeyangkan ! Entri sebelum ni saya ada cerita saya nak try diet atkins kan ? Tak berjaya ok, susah gila...haha, banyak sangat peraturannya. So saya decided, saya amalkan low carb meal dalam misi untuk memakai balik baju baju kurung yang dah tak muat tu.  (azan zohor * kita sambung lepas solat!)

Low Carb Meal : Cara Buat Roasted Chicken & Salad !

Bahan - bahan :
1. Sayur-sayuran
2. Ayam
3. Marinade powder (untuk perap ayam)
4. Olive oil, thousand island & sesame sauce (salad dressing)
5. Sos Peri-Peri Nandos

Cara buat :
1. Perap ayam
2. Bakar ayam 160 degree - 40minit
3. Rebus salad - 2 minit
4. Gaul salad dengan dressing
5. Siap


Meh aku jelaskan dengan terperinci. First of all, korang dah perap ayam sehari sebelum atau paling tidak sejam sebelum korang nak makan. So, bila dah perap ayam, bakar je dalam oven dengan suhu 160 degree untuk 35 hingga 40 minit. Tempoh masa bakar ayam ni, tertakluk pada size ayam korang, kalau kecik je sekejap je da masak :)

contoh google : marinade powder
(kitorang marinade pakai powder ni je, tambah garam sikit)

contoh google : cara nak perap ayam

 


hai ayam ! apa khabar :)

Ayam dah siap bakar :) Cantik warna dia. 


Sementara tunggu ayam siap bakar, boleh sediakan sayur-sayuran yang korang suka. Aku suka makan celery, carrots, and kacang panjang ! So ikut citarasa korang la nak sayur apa pun. Basuh sayur, potong panjang dan dadu dadu. Kemudian, rebus dengan air panas 2 minit.. (sayur perlu direbus kalau sayur keras, kalau korang pilih sayur lembut, tak perlu rebus ok)

 

Ok. Dah siap rebus. Buat dressing pulak. 



Nampak 3 bahan ni, Olive oil, sesame sauce & thousand island. Tuangkan sedikit ke dalam mangkuk salad yang dah siap tadi. Gaulkan bahan ni. Lepas tu siap untuk dimakan. 



 Tada ! Dah siap dah menu kita hari ni. Tak lama pun. tak susah pun ! Nampak menyelerakan kan ? Memang sedap pun. Tambah pulak dengan sos peri peri Nandos, lagi sedap ! Ok, bismillahiroohmanirrohim...




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته May the Peace, Mercy, and Blessings of Allah be Upon You في أمان الله May Allah Protect You




 

Designed by Alieff Artwork